Prosedur membeli motor/kereta/kenderaan dari luar negara

PROSEDUR BAWA MASUK KENDERAAN LUAR NEGARA KE MALAYSIA

Prosedur membeli motor/kereta/kenderaan dari luar negara
(Thailand/ Singapore/ Memana Negara)
untuk dibawa masuk / dipakai di Malaysia..

_______________________________Sebenarnya tidak salah memakai kenderaan bernombor pendaftaran asing di malaysia, cuma anda perlu patuh kepada segala syarat dan ICP anda sah.
Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk
Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa
masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:

1) Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut;
_______________________________Ada 2 cara membawa masuk kenderaan:a. melalui AP / permit import
b. tanpa AP / menggunakan ICP (international circulation permit) – seperti cukai jalan sementara untuk tempoh 3 bulan..
Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import; maksudnya 3 bulan sekali kene renew permit keluar masuk motorbike tersebut. (benda ni semua boleh mintak tolong runner buat tu kita tak yah pegi sana janji bayar ajer lah upah kat dia) Senang cakap lah .Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan dari Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan.
_______________________________Apa yang perlu buata) .Untuk membawa balik kenderaan tersebut secara kekal ke Malaysia, dikehendaki mendapatkan AP ( Approval Permit ) daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - sila rujuk http://www.mohr.gov.my/pdf/permit_ap.pdf
b). Kalau tanpa AP haruslah menggunakan ICP (international circulation permit).
c). Anda perlu berurusan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia (
http://www.customs.gov.my), anda perlu mengemukakan AP, mengisi borang kastam 1 untuk proses pembayaran duti.

Bayaran yang dikenakan terhadap anda oleh Kastam: Kadar duti/cukai yang dicadangkan adalah sebagai panduan sahaja berdasarkan nama dagangan. Pegawai penaksir mempunyai kuasa untuk menentukan kod tarif yang sesuai dan kadar cukai adalah berdasarkan kadar yang berkuatkuasa semasa pengimportan.
Contohnya motorsikal yamaha YZF R-125 seperti gambar di bawah (cuma berharga RM 6 ribu lebih di negara lain !) yang mempunyai CC 125 – 30% cukai dari harga sebenar kenderaan di negara anda beli (setelah di tukar ke matawang RM), 30% duti eksais dari kos anda terhadapkos insuran, kos pengangkutan, jenis pemasangan kenderaan (CBU/CKD) dan kos ICP_______________________________Cara lain pulak..Ok berbalik macam pertanyaan En guest pulak berkenaan menggunakan motor besar Singapore tentang road tax dan COE..

  1. Lesen Antarabangsa
    - boleh dibuat di JPJ di sempadan dengan harga RM150/year
    - sebelum buat lesen antarabangsa ini,lesen Malaysia perlu hidup paling kurang setahun.So.seeloknya hidupkan 2 tahun(..senang cerita)
    - tujuan dibuat lesen antarabangsa ini adalah kerana untuk tukar nama motor dan tujuan insuran motor.
    - kedai motor singapore perlukan lesen antarabangsa untuk motor itu dijual pada kita.
    - bawak 2-3 keping gambar passport utk buat lesen antarabangsa ini
Berkenaan lesen, perlu lesen antarabangsa kerana anda sedang membawa kenderaan berdaftar luar Malaysia. ini untuk selamat dari diganggu pak polisi kalau bawak kenderaan daftar di Malaysia, dah tentu la lesen biasa sudah memadai.Lesen memandu ini boleh digunakan untuk 146 buah negara di seluruh dunia..
_______________________________2. COE
- COE ni maksudnya Certificate of Entitlement. sesiapa yang nak memiliki kenderaan mesti beli sijil dulu baru layak beli keta .. Moto singapore ada COE (kira macam kontrak la) yang menghadkan tahun penggunaannya. Tamat je COE tu, bike itu dikira scrap (buangan/sampah dll). buleh juga kalau nak sambung COE, tapi belanja besar. seeloknya hidupkan untuk 10tahun..kosnya SGD 1000 untuk 10 tahun

_______________________________3. Insurans
-Kalau kenderaan tersebut berada secara kekal ke Malaysia
.. Insurance & road tax singapore hanya valid di singapore sahaja. Di malaysia, road tax & insurance tu tak guna. So kalau eksiden ke, memang insurance tak cover. kalau hilang pun sama. Kalau eksiden, cedera ke, mati ke, pun sama.. tak dicover. Apa bila SGD tamat tempoh, kalau kena road block ngan jpj, confirm moto kena angkut dan tak boleh tebus balik pula ..so kalau motor tak ada AP, ICP ,tak ada Road tax dan tak ada register geran Malaysia, yang terang nampak nombor plate pun lain. boleh di anggap motor tu legal, duduk secara haram kat Malaysia, atau motor curi.. masalahnya motor tu road tax tu mane ade.. ini motor Singapore, tak ade roadtax JPJ (Malaysia)..kalau kantoi dengan kastam, anda akan didakwa dan akan dikenakan denda cukai import motor tu. maka anda kena bayar la. benda ni sebab tuan elak cukai.. kesemua ini berpunca roadtax Malaysia tak ade..
_______________________________4. Road Tax

Cukai Jalan (segi lapan) Singapore mesti ada.
600cc = SGD 150 setahun
1300cc = SGD 450 setahun
_______________________________5. Inspection (rasa ni macam Puspakom diaorang)
- pemeriksaan dilakukan di “puspakom” Singapore
Kena bawak balik ke Singapore tiap-tiap tahun utk inspection / renewal.. Leceh woi.
Banyak kerenah dan banyak kerja.. buang masa dan sudah tentu la buang duit. Kena paham, Di singapore, setiap tahun, kenderaan kena buat inspection (kira cam PUSPAKOM kita la, tapi lebih strict) utk dptkan roadtax & insurance. Kos utk ini semua paling busuk RM 3000-4000 (bergantung pada umur kenderaan tersebut & juga cc, lagi berumur, lagi mahal)
_______________________________6. Kita perlukan alamat di Singapore untuk beli motor Singapore.
- Mesti ade member Singapore yg sanggup bagi nama dia untuk register motor tu kat Singapore. Jika tidak ada alamat di Singapore, boleh pakai alamat kedai motor untuk surat menyurat., kalau korang dok kat johor.. especially berdekatan ngan sempadan la, kalau kau rakyat Malaysia tapi bermaustatin kat Singapore (leh dapat AP)
Kalau kau ada saudara kat Singapore boleh gunakan nama saudara kau sebagai pemilik dan nama korang sebagai rider vice versa
- tapi korang perlukan:
i) international pasport (korang kena rajin kuar masuk singapore)
ii) international lesen (pegi kaunter JPJ, angaran bayar RM200 bagi gambar dan lesen.. siap, dapat on the spot)
iii) sentiasa pastikan salinan geran dibawa bersama ketika ride

So anda sendiri boleh totalkan kos setahun untuk pakai motor Singapore ini.

Pesanan dari saya beli la moto singapore yang ada COE atau permit mesti ada kebenaran kalau tak ada kantoi nak jawab bila jumpa Kastam, kalau tak habis lerrr motor korang kena sita..
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s