Kesian Nora Danish.., tangisan dalam ketawa..

Kesian Nora Danish.., tangisan dalam ketawa..

Janda yang paling HOT di Malaysia, Nora Danish mengaku tak kisah kalau Fasha Sandha jadi isteri kepada bekas suami dia malah dia sanggup ucap tahniah pada pelakon wanita tu..

Gua tumpang simpati pada Nora Danish.., walaupun dimulut kata tak kisah, tapi of course dihati tu rasa sedih.. Sapa tak terasa beb bila orang yang pernah hidup bersama dulu nak kawin lagi..

Depan wartawan bolehlah berlakon dan control ayu.., tapi dalam hati sapa yang tahu kann..

So.., harapan gua semoga Nora dapat pengganti yang lebih baik dari Jejai tu.. Setiap perkara yang terjadi mesti ada hikmahnya.. Macam tu lah jugak dengan perkahwinan yang gagal..

Jom kita baca luahan hati Nora pasal perkahwinan bekas suami dia..

====================================

“SETAKAT ini Jejai belum maklumkan apa-apa kepada saya mengenai rancangan perkahwinannya dengan Fasha Sandha sebagaimana dilaporkan akhbar.

“Kalau Jejai dan keluarga bekas mentua saya mengesahkan sendiri perkara itu, saya juga sudah tentu sudi mengucapkan tahniah.”

Begitulah komen pelakon Nora Danish ketika mengulas berita perkahwinan bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) dengan pelakon Fasha Sandha.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif yang kebetulan menyambut hari jadinya semalam, ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan komen panjang kerana apa saja keputusan bekas suaminya dengan pelakon itu, bukanlah lagi urusan dan haknya.

Bagi Nora, sejak mereka bercerai pada 12 Ogos 2008, dia tidak pernah lagi mencampuri urusan peribadi Jejai walaupun mereka masih mencurahkan kasih sayang kepada satu-satunya anak lelaki hasil perkongsian hidup mereka.

Nora yang sebelum ini pernah terjebak dalam kontroversi bersama Fasha bagaimanapun lebih suka bersikap optimis dan terbuka dengan siapa pilihan Jejai untuk menjadi suri hidupnya.

Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashraf (Qaqal) yang kini berusia tiga tahun.

Muka depan Harian Metro menyiarkan berita Fasha dan Jejai sudah mengikuti kursus perkahwinan, baru-baru ini sebagai persiapan bernikah.

Kata Fasha, 27, Jejai, 36, juga sudah datang merisik dengan keluarganya dan mereka sudah bersedia untuk ke jenjang pelamin tahun ini.

Menyentuh soal kerjaya lakonannya, Nora yang mula mencipta nama menerusi filem Senario Pemburu Emas Yamashita sedang sibuk di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Aku Terima Nikahnya terbitan Metrowealth (MIG).

“Alhamdulillah rezeki untuk saya sentiasa ada dan setakat ini saya masih sibuk dengan pelbagai tawaran berlakon. Terbaru, saya sekali lagi dipertemukan dengan Adi Putra untuk filem Aku Terima Nikahnya selepas kami bekerjasama menerusi drama Tentang Dhia.

“Filem ini adalah satu lagi cabaran buat saya kerana perwatakannya sangat mencabar. Namun saya bersyukur kerana pihak produksi dan Adi sendiri banyak membantu bagi menguatkan lagi plot perjalanan cerita ini,” jelasnya.

Sementara itu, Nora juga akan terbabit dengan filem Mencari Cinta, beraksi di samping Rusdi Ramli pada 16 Mac ini sebelum bercuti selama dua minggu bermula 27 Mac ini bagi menunaikan umrah.

Setakat ini dia masih belum bertemu pengganti Jejai dan gembira menempuh kehidupannya sebagai ibu tunggal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s