Manchester United Membelasah Wolverhampton Wanderers 5-0


Manchester United Membelasah Wolverhampton Wanderers 5-0 

Wolverhampton, – Manchester United (MU) meraih kemenangan 5-0 ke atas Wolverhampton Wanderers (Wolves), pada perlawanan Premier League minggu ke-29, di Molineux Stadium, Minggu (18/3/2012). Dengan keputusan tersebut, MU menguasai liga dengan 70 mata, atau mendahului empat mata dari pesaing terdekat, Manchester City, yang baru bermain 28 perlawanan.
Gol pertama MU diciptakan pertahanan Jonny Evans pada minit ke-21. Gol bermula dari sepakan sudut Wayne Rooney terus ke kotak penalti. Bola kemudian diteruskan Carrick ke depan gawang. Dengan kaki kanan, Evans menyepak bola masuk tengah gawang Wayne Hennessey.
Gol kedua diciptakan Antonio Valencia pada minit ke-43. Setelah menerima umpan Rooney, Valencia menggiringi bola di bahagian kiri pertahanan lawan, masuk kotak penalti, dan dari sudut sempit menyepak bola masuk sudut kanan atas gawang tuan rumah.
Menjelang masa kedua, MU mendapat gol ketiga dari Danny Welbeck. Dari tengah kotak penalti, ia sudahkan bola hantaean Valencia, masuk ke sudut kiri bawah gawang Hennessey.
Javier “Chicharito” Hernandez membawa MU unggul 4-0 pada minit ke-56. Bermula dari tendangan sudut, Chicharito menanduk bola hantaran Rafael Da Silva masuk sudut kanan atas gawang Wolves
Chicharito hanya memerlukan masa lima minit untuk kembali sebagai penjaring gol. Dari jarak dekat, Hernandez melepaskan tendangan kaki kanan, yang menerima bola hantaran Valencia meluru masuk sudut kanan atas gawang Hennessey.
Perlawanan juga diwarnai kad kuning kedua untuk pertahanan Wolves, Ronald Zubar, atas pelanggaran kepada Welbeck pada minit ke-40 sekali mendapat kad merah kepadanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s