Bintang Bolton Muamba alami serangan jantung

KELAB Bolton mengesahkan pemain tengahnya, Fabrice Muamba kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, London Chest Hospital akibat serangan jantung ketika beraksi dalam persaingan suku akhir Piala FA.

Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan mengalami masalah nafas terhenti dan telah menerima rawatan kecemasan daripada doktor dan paramedik untuk memulihkan keadaannya yang kini kritikal.

Jurucakap Bolton berkata, “Fabrice Muamba kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

“Namun tidak akan ada maklumat lanjut diberitahu setakat ini kerana mahu menghormati keluarga Muamba,” katanya lagi.

Dipetik Sky News, Pengurus Bolton, Owen Coyle yang turut mengiringi Muamba ke hospital berkata, “Fabrice sedang kritikal, saya yakin dengan sokongan dan doa daripada semmua orang mungkin dia akan sembuh.”

Ketika kejadian, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan yang berlangsung di White Hart Lane sudah masuk minit ke-41. Ia kemudian ditangguhkan.

Muamba tidak bergeser dengan mana-mana pemain dan sedang ke arah kedudukan untuk menjaringkan gol. Dia rebah di padang tanpa disedari oleh mana-mana pemain.

Dia dibawa keluar dari padang dengan alat sokongan pernafasan, dan diiringi beberapa anggota paramedik dan staf perubatan Bolton.

Sejurus selepas dia meninggalkan kawasan padang, pengadil Howard Webb memutuskan untuk menangguhkan perlawanan.

Muamba memulakan kerjayanya bersama Arsenal dan menghabiskan dua tahun di Birmigham sebelum menyertai Bolton 2008. – Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s