SWISS OPEN 2012 – ADA PENINGKATAN MENUJU PIALA THOMAS 2012

SWISS OPEN 2012 – ADA PENINGKATAN MENUJU PIALA THOMAS 2012

Kejohanan Badminton Swiss Open 2012 sekali lagi menjadi batu pengukur kepada Skuad Badminton Malaysia menghadapi Kejohanan Piala Thomas 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Dikala BAM sibuk memperkatakan ingin mencapai sasaran untuk mendapat pingat emas pertama negara menerusi acara badminton perseorang dalam Olimpik London 2012, tanpa disedari ada beberapa pemain Skuad Badminton Malaysia menunjukkan prestasi positif dalam Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2012 bagi menghadapi Thomas Cup 2012.
Sumber Gambar : Google Search

Sepanjang kejohanan Badminton Swiss Open 2012, pemain perseorangan lelaki negara Daren Liew yang juga pemain No. 37 dunia mara sehingga ke Suku Akhir sebelum tumpas kepada pemain No. 4 dunia dari China, Chen Jin 21-8, 23-21. Melihat kekalahan set ke-2, nampaknya Daren Liew tidak memberi laluan mudah kepada Chen Jin dan ini adalah motivasi kepada Daren Liew selepas kejohanan All England 2012 bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2012 kelak. Sebelum itu Daren Liew berjaya menumpaskan Brice Leverdes daripada Peranchis 22-20, 21-13 dalam pusingan pertama. Menang 21-19, 21-8 ke atas Hsu Jen Hao daripada Chines-Taipe dalam pusingan ke-2 dan Pedro Martines daripada Portugal 19-21, 21-13, 21-10 dalam pusingan ke-3 sebelum melangkah ke Separuh Akhir Terbuka Switzerland 2012.
Selain itu, kejohanan Badminton Swiss Open 2012 juga menunjukkan prestasi yang sama kepada bergu lelaki negara Goh V Shem dan Teo Kok Siang yang juga mara ke separuh akhir sebelum tumpas kepada bergu pilihan ke-5 kejohanan daripada Indonesia 21-15, 12-21, 21-13-12. Namun sebelum itu mereka berjaya menumpaskan pilihan pertama kejohanan daripada China Chai Biao dan Guo Zhendong 21-17, 21-18. Nampaknya kejohanan ini juga dapat menyuntik motivasi mereka bagi menghadapi Piala Thomas 2012.
Sumber Gambar : Google Search 
 Melihatkan prestasi semasa dalam kejohanan Swiss Open 2012 ini, Benjy mengharapkan BAM dapat melihatnya sebagai sesuatu yang serius. Jangan hanya melihat sesuatu dalam jangkamasa yang singkat tetapi ‘long term view’ agar Skuad Badminton Malaysia disegani secara keseluruhan bukannya, hanya meletakkan beban kepada Dato’ Lee Chong Wei semata-mata. Bagi Benjy penumpuan kepada kejohanan berkumpulan lebih membawa maknan untuk jangka panjang berbanding acara individu. “Apa pun, saya percaya BAM mempunyai strateginya yang tersendiri menghadapi Olimpik London 2012 dan Piala Thomas 2012” kata Benjy – Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s