HOT : KES KHALWAT BADRUL AMIN – DARI PERMOHONAN CERAI BERTUKAR KE TUNTUTAN FASAKH??

HOT : KES KHALWAT BADRUL AMIN – DARI PERMOHONAN CERAI BERTUKAR KE TUNTUTAN FASAKH??

Seorang wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron, hari ini menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Izatil Iwani Rashid, 28, mengemukakan notis penarikan balik tuntutan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus ketika kes itu disebut di kamar hakim berkenaan.

Bagaimanapun alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan oleh wanita yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institusi kemahiran milik kerajaan di sini. 

Izatil hadir kira-kira pukul 9 pagi tanpa ditemani oleh sesiapa manakala suaminya, Fazli Pungut, 32, seorang guru tidak muncul di mahkamah. 

Wanita itu sebelum ini memfailkan permohonan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama telah dijalankan pada 27 Februari lalu. 

Sementara itu wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan tuntutan fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan. 

“Saya terpaksa menarik balik tuntutan tersebut kerana mahkamah rendah syariah di sini tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,’’ katanya. 

Badrulamin sebelum ini dalam kenyataannya memaklumkan beliau mengenali wanita tersebut kira-kira setahun lalu. Malah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Selangor itu turut mendedahkan yang wanita berkenaan sedang menghadapi masalah rumah tangga dan beliau banyak memberi nasihat kepada wanita itu sebelum ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s