Budak tersepit bawah kereta

Budak tersepit bawah kereta


 
JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.

Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

“Saya berada di dalam rmah sebelum dikejutkan dengan jeritan Ilham. Pada mulanya saya sangka dia terjatuh ketika bermain namun sebaik keluar rumah, saya terkejut melihat dia terperosok di bawah kereta.

“Saya menjerit meminta bantuan dan beberapa jiran yang diberitahu mengenai kejadian itu datang memberi bantuan,” katanya.Salinda berkata, pada mulaya mereka cuba menggunakan jet tapi usaha itu gagal, lalu mereka nekad mengangkat bahagian belakang kereta sebelum menariknya keluar.


Menurutnya, sejurus petugas perubatan dari Hospital Kota Tinggi (HKT) tiba mereka memberikan Ilham bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hspital untuk rawatan lanjut.

“Pada hari sama (kelmarin) Ilham dirujuk ke HSA dan pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami kecederaan dalam serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua,” katanya yang bekerja sebagai pembantu Koperasi Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Sementara itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota penyelamat di Desaru Pulai Resort, Mohd Abdul Hakim Abu Tahir, 38, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada keluarganya.
“Saya difahamkan badan anak saya terlipat dua, namun kami bersyukur kerana hasil bantuan jiran dia berjaya diselamatkan. Terima kasih kepada semua pihak termasuk jiran dan petugas perubatan yang memberi pertolongan,” katanya ketika ditemui di HSA, semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s