Misteri mati badan berasap (berita penuh)

Misteri mati badan berasap (berita penuh)


 
KAJANG: “Saya terkejut sebaik melihat lelaki yang terbakar seluruh badan di depan rumah saya adalah anak saudara sendiri,” kata Badrul Shah Sahak, 45.

Anak saudaranya, Mohd Farid Hassan, 27, maut selepas melecur hampir 90 peratus badannya dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini, awal pagi kelmarin.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, dekat sini, pada jam 2.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Mangsa datang ke rumah bapa saudaranya itu mungkin untuk meminta pertolongan selepas tubuhnya terbakar.


Setakat ini, polis mendapati tiada kesan jenayah di tempat kejadian seperti penemuan petrol atau pemetik api yang boleh mencetuskan kejadian itu.

Badrul berkata, ketika kejadian, dia dan keluarganya sedang nyenyak tidur sebelum dia terdengar bunyi suara orang meminta tolong dan mengerang kesakitan di luar rumah.

“Asalnya saya tidak mengenali kelibat lelaki yang sudah terbaring di kaki lima rumah saya sambi meminta tolong, namun sebaik menyalakan suis lampu, saya hampir pengsan melihat lelaki itu anak saudara saya.

“Saya kemudian berusaha memadamkan api yang masih menyala di kakinya sebelum menghubungi ambulans yang datang 15 minit kemudian,”katanya ketika ditemui di rumah arwah di Taman Desa Jenaris, di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan Moha Farid yang datang ke rumahnya awa pagi itu menimbulkan tanda tanya dikalangan ahli keluarga dan sanak-saudara mereka kerana arwah sudah tiga tahun tidak ditemui.

“Kesibukan arwah yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta menyebabkan kami jarang bertemu, malah sambutan hari raya lalu juga kami tidak sempat bertemu kerana arwah keluar bersama rakan,” katanya.

Ibu bapa mangsa enggan ditemuramah kerana masih trauma dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anak sulung mereka.

Gambar hiasan.


Sementara itu , Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak mempunyai unsur jenayah.

“Pasukan forensik tidak menemui sebarang peralatan yang digunakan untuk membakar, malah barang peribadi mangsa juga tidak hilang dan masih tersimpan rapi di dalam kereta yang dipandunya iaitu Toyota Hilux'” kataya.

Beliau berkata, polis turut dimaklumkan, dua minggu sebelum kejadian itu, mangsa bersikap pelik dan mendakwa ada puteri yang mengekorinya yang dipanggil Maya Sari.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu, namun polis mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s