Alahai Fahrin, kempunan nak bergambar dengan Owen Wilson…

Alahai Fahrin, kempunan nak bergambar dengan Owen Wilson…

KUALA LUMPUR : Hasrat pelakon Fahrin Ahmad untuk bergambar dengan aktor Hollywood Owen Wilson ketika di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 tidak kesampaian apabila permintaan itu ditolak mentah-mentah.

Insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas Owen bertemu dengan pihak media di sebuah tempat khas yang disediakan.

Bagaimanapun Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dijemput ke majlis itu menganggap perkara tersebut bukanlah satu hal yang serius.

“Saya memang mahu bertemu dengan aktor tersebut serta selebriti Hollywood yang lain. Harap-harap saya ada peluang lagi untuk bertemu dengannya pada masa akan datang nanti,” katanya yang dipetik daripada portal Daily Chilli.

Majlis yang penuh mewah itu telah berlangsung di Hotel Mandarin Oriental pada malam Khamis dengan kehadiran selebriti-selebriti Hollywood dan tempatan untuk meraih dana khas bersempena dengan sambutan edisi ke-14 perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1).

Selain Owen dan Fahrin, antara yang hadir ialah Dayang Nurfaizah, Sazzy Falak, Leona Lewis, Adrien Brodyen, Camilla Belle, Fernando Morientes, Michel Salgado, Fabio Cannavaro dan David Haye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s