Chelsea Seri 0-0 Dengan Tottenham Hotspur Di Laman Sendiri

Chelsea Seri 0-0 Dengan Tottenham Hotspur Di Laman Sendiri


Usaha Chelsea untuk melayakkan ke zon Liga Champions makin berat. Menentang Tottenham Hotspur di Stamford Bridge, Sabtu (24/3/2012), Chelsea hanya mampu seri 0-0. Dengan tinggal 8 perlawanan, hasil ini membuat Chelsea yang mengumpul 50 mata berada di kedudukan kelima. Sementara “Spurs” selesa di tangga keempat dengan mengumpulkan 55 mata.

Sejak minit awal, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan. kuatnya barisan pertahanan kedua-dua pasukan, membuat mereka kesukaran mencipta peluang. Sekurang-kurangnya itu yang terjadi pada 15 minit pertama.

Hingga pertengahan babak pertama, perlawanan pun masih berlangsung ketat. Kedua-dua pasukan tetap terlihat kesukaran menembus  pertahanan lawan. Chelsea baru mampu menembusi pertahanan lawannya melalui aksi Frank Lampard pada minit ke-27. Sayang, Lampard terjatuh di dalam kotak penalti sebelum melepaskan tendangan. Namun, pengadil Martin Atkinson tidak menilai kejadian tersebut sebagai pelanggaran.

Tak berselang lama, giliran aksi Didier Drogba yang menjadi ancaman kepada pertahanan “Spurs”. Namun, usaha itu masih gagal.

Emmanuel Adebayor melancarkan serang balas yang cukup cepat di sisi kanan pertahanan Chelsea pada minit ke-32. Dia kemudian melepaskan umpan silang ke dalam kotak penalti. Usaha tersebut Drogba belum membuahkan hasil. Kyle Walker yang berdiri bebas tak mampu menjangkau bola umpan silang dari Drogba.

Setelah itu, kedua-dua pasukan kembali saling melancarkan serangan. Meskipun begitu, mereka gagal mengubah skor setelah skor 0-0 berlangsung hingga rehat.

Selepas rehat, kedua-dua jurulatih tetap mempertahankan skuadnya. Tidak ada pertukaran pemain yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Chelsea kembali mencipta peluang pada minit ke-50. Dari luar kotak penalti, Daniel Sturridge melepaskan tembakan keras begitu menguasai umpan Droga. Sayang, Sturridge terlalu terburu-buru melepaskan tembakan sehingga bola gagal mengenai sasaran.

Chelsea terus menekan “Spurs”. Mata kelihatan sangat bekerja keras membangun serangan. Namun serangan yang dilancarkan Chelsea kelihatan kebosanan. “The Blues” kelihatan lebih suka menyerang dengan bergantung kepada umpan-umpan silang. Hal itu selalu berjaya dipatahkan oleh barisan belakang Tottenham.

Chelsea nyaris berjaya menembusi gawang lawan melawan sepakan bebas yang dilaksanakan Mata pada minit ke-72. Sial bagi Chelsea, tendangan melengkung dari kaki kiri Mata memlanggar tiang.

Jurulatih Chelsea, Roberto Di Matteo, berusaha mengatasi kebuntuan pasukannya dengan bermain Fernando Torres, mengantikan Essien pada minit ke-76. Hal yang sama dilakukan Harry Redknapp. Dia menukar Van der Vaart dengan Loius Saha

“Spurs” mempunyai peluang emas untuk unggul terlebih dulu melalui aksi Adebayor pada minit ke-79. Menerima umpan cantik dari Modric, Adebayor melakukan solo run ke dalam kotak penalti lawan. Dia kemudian berjaya mengecoh Petr Cech. Namun gawang Chelsea yang tak berpenghuni tersebut masih selamat setelah Cahill berjaya menghalang tembakan Adebayor. Boleh dibilang ini menjadi peluang terbaik yang dimiliki “Spurs” sepanjang laga.

Menjelang perlawanan selesai, “Spurs” lebih banyak mendominasi. Meskipun begitu, tidak ada satu pun gol yang diciptakan Tottenham. Begitu juga dengan Chelsea. Skor 0-0 berlangsung hingga laga selesai.

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com– Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s