Meskipun Seri 1-1 Dengan Stoke City Manchester City Menerajui EPL Dengan Kelebihan Gol


Meskipun Seri 1-1 Dengan Stoke City Manchester City Menerajui EPL Dengan Kelebihan Gol



STOKE, – Manchester City hanya mampu seri 1-1menentang Stoke City pada perlawanan Premier League, Sabtu atau Minggu (25/3/2012). Meskipun begitu, tambahan satu mata itu membuat City sementara memintas Manchester United (MU) dari puncak liga.

City dan MU sama-sama mengumpul 70 mata. Namun, City-lah yang layak menduduki tahtah kerana anak didik Roberto Mancini tersebut lebih banyak menjaringkan gol berbanding Man United

City kelihatan berusaha menguasai permainan, walaupun muncul di depan penyokong Stoke City. “The Citizens” mempunyai peluang cukup baik melalui one two antara Zabalate, Nasri, dan Silva pada minit ke-19. malangnya, usaha mereka belum membuahkan hasil setelah sepakan Zabaleta gagal mengenai sasaran.

Mereka terus menekan pertahanan Stoke. Pada minit ke-31, umpan Gael Clichy berjaya ditanduk Edin Dzeko. City terpaksa gigit jari kerana bola tandukan Dzeko gagal mengenai sasaran.


Menjelang separuh masa pertma tamat, City semakin kuat menyerang. Namun, barisan pertahanan Stoke terlalu sukar untuk ditembus David Silva dan kawan-kawan. Dengan itu, skor 0-0 berlangsung hingga rehat.

Setelah rehatt, City kembali menguasai permainan. Namun, usaha meraka sia-sia apabila Stoke menjaringkan gol yang diciptakan Peter Crouch pada minit ke-59. Gol bekas penyerang Liverpool tersebut sangat cantik. Jauh dari luar kotak penalti, Crouch menahan bola dengan dada dan kemudian melepaskan sepakan keras-melambung yang gagal dibaca Joe Hart.

City akhirnya mendapat gol pada minit ke-76. Sama halnya dengan Crouch, gol diciptakan Yaya Toure berpunca darisepakan jarak jauh. Tendangan keras Yaya membuat bola meluru kencang ke gawang Stoke meskipun bola sempat mengenai kepala Shawcross. Gol tersebut akhirnya menyelamatkan City dari kekalahan. Skor 1-1 berlangsung hingga laga tamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s