Sukar berhenti kerana wang, ketagihan seks


Sukar berhenti kerana wang, ketagihan seks

GEORGETOWN: “Memang sukar untuk gadis seperti Aida dan Mimi berhenti daripada kegiatan keji mereka. Selain sudah kelabu mata dengan wang ringgit, aktiviti seksual yang keterlaluan menyebabkan mereka kini menjadi ketagih.”
Demikian komen Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Pulau Pinang, Nur Fitri Amir Muhammad mengenai kegiatan ‘Geli Girl’ dilakukan Aida dan Mimi.
Nur Fitri berkata, pihaknya pernah beberapa kali didatangi ‘Geli Girl’ yang meminta bantuan untuk keluar daripada gejala itu.
“Antara nasihat kami ialah menggalakkan mereka berpuasa kerana dengan puasa menyebabkan tubuh menjadi lemah. Tubuh lemah akan membuatkan nafsu seseorang turut menjadi lemah.
“Ini sekali gus dapat membantu mereka mengekang nafsu daripada melakukan aktiviti maksiat,” katanya.
Nur Fitri turut menasihati golongan itu supaya lebih berfikir panjang diri mereka kerana kemewahan yang diperolehi sebenarnya tidak memberi sebarang maka jika mereka dilaknat Allah, bukan saja di akhirat kelak, malah ada yang mendapat balasan ketika masih hidup.
“Contoh paling muda, mereka yang mengamalkan aktiviti seks bebas amat terdedah kepada penyakit Aids dan virus HIV. Kalau sudah dijangkiti penyakit maut itu baru nak menyesal, mungkin ia sudah terlambat,” katanya.SUMBER

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s