Wanita Dibelasah Dan Diperkosa !!

Wanita Dibelasah Dan Diperkosa


Tak habis-habis kes macam ini. Kasian wanita ini, baru berusia 25 tahun…dah jadi mangsa keganasan. Dan lagi teruk..orang yang melakukannya adalah seorang lelaki warga Bangladesh.
Bayangkan lebih kurang 7 bulan wanita ini di kurung….dibelasah dan diperkosa. Dia ingat wanita ini anak patung…..tak ada perasaan!! Bagi aku lah kan, lelaki macam ini, patut di hukum sekeras-kerasnya. Apa punya jantan…may baca sepenuhnya….

Petikan HM :
Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong.
Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan. Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung.

Mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya. Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan. Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s