Chelsea buru Ronaldo dan Higuain

Chelsea buru Ronaldo dan Higuain

Chelsea bersedia untuk mengemukakan tawaran berjumlah 100 juta euro (RM407 juta) bagi mendapatkan khidmat dua bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain.

Ketika ini, jentera barisan penyerang Chelsea dilihat bergelut untuk menjaringkan gol.Situasi itu menyebabkan mereka gagal membantu skuad The Blues menduduki kelompok empat terbaik dalam kempen Liga Perdana England.
Sebagai rekod, tiga penggempur Chelsea – Didier Drogba, Fernando Torres dan Daniel Sturridge – hanya menjaringkan keseluruhan 26 gol dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.
Ronaldo pula telah meledak 45 gol untuk membantu Real meninggalkan pencabar terdekat mereka, Barcelona dengan perbezaan enam mata dalam kempen Liga Sepanyol.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan merancang untuk membuat perubahan besar-besaran dalam skuad The Blues dan Ronaldo serta Higuain berada dalam senarai teratas untuk dibawa ke Stamford Bridge.
Laporan media di Britain mendedahkan, perpindahan itu juga mungkin bergantung kepada keputusan jurulatih Real, Jose Mourinho.
Sekiranya Mourinho bersetuju menjadi pengurus The Blues, beliau dijangka memujuk kedua- dua penyerang Real itu untuk meninggalkan Santiago Bernabeu.
Begitupun, jika Mourinho tidak berpindah ke Chelsea, media tempatan melaporkan yang Abramovich akan mengalihkan tumpuan kepada dua penyerang Napoli – Edinson Cavani dan Ezequiel Lavezzi.
Kedua-dua pemain itu dianggarkan bernilai 70 juta euro (RM285 juta) sekiranya mereka meninggalkan kelab Itali tersebut.
Namun, sekiranya Chelsea layak ke kempen Liga Juara-Juara musim depan, Abramovich sudah pasti bersungguh-sungguh mendapatkan pemain berkualiti seperti Ronaldo, Higuain, Lavezzi dan Cavani. [sumber]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s