Persiapan dan Majlis Pertunangan Liyana Jasmay (9 Gambar)

Aku kongsikan gambar Persiapan dan Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan.  Mengenai tarikh kahwin, pasangan ini dijangka kahwin pada januari 2013 tahun depan. Berikut adalah gambar persiapan dan majlis pertunangan Liyana Jasmay dan pasangannya yang penuh meriah.
Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 24,dengan jejaka pilihannya , Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran Liyana yang ke 24 tahun.

Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diadakan di kediaman keluarga Liyana Kemensah Height.



Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung. Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.



Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Scha, Awal, Farish Aziz dan Tam.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s