SAIFUL APEK DISAHKAN POSITIF GANJA

SAIFUL APEK DISAHKAN POSITIF GANJA

Seorang juruteknologi makmal perubatan memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam, ujian pengesanan dadah menunjukkan pelakon dan pelawak, Saiful Apek, positif dadah kanabis. 

Israfel Ismon, 54, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berkata bagi mengetahui kandungan dadah itu, pihaknya membuat ujian pengesanan dadah dikenali sebagai TLC iaitu Thin Layer Chromatography.

Selain Saiful Apek, tiga suspek lain iaitu Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy, 28, didapati positif dadah.

Disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad bila ujian itu dibuat, saksi kelima itu bagaimanapun tidak ingat tarikh dan hanya mengesahkan ia dilakukan Jun 2010. 

“Selepas menerima arahan daripada pegawai perubatan, saya mengambil sampel air kencing yang disimpan dalam peti sejuk dan membuat ujian TLC,” katanya. 

Israfel berkata, sebaik selesai menjalankan ujian, sampel disimpan kembali dalam peti ais, manakala hasil ujian disahkan pegawai perubatan, Rozita Abdullah. 

Israfel memberikan keterangannya pada perbicaraan kes Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; dan tiga kru produksi, Shah Zainatull, Shaiful Baharom serta Noremy, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil ganja. 
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010. 

Apek serta tiga rakannya itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. 

Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Walid bersambung 10 Mei ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s