PENGAWAL KESELAMATAN | Mengaku ugut remaja lelaki dengan sebilah parang ”

PENGAWAL KESELAMATAN | Mengaku ugut remaja lelaki dengan sebilah parang ”


KUALA LUMPUR — Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengugut seorang remaja lelaki dengan sebilah parang di Setapak, bulan lepas.

R. Thamilharasan, 18, mengaku mengacukan parang ke leher Syafiq Aiman Samri, 19, di kawasan parkir Danau Kota, Setapak pada 5.15 pagi, 22 Feb. lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd. Azali Ibrahim menetapkan 30 April depan untuk mendengar fakta kes dan rayuan sebelum menjatuhkan hukuman.

Thamilharasan diwakili peguam Tharamjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Loh Wei Dhin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s