Bunuh diri kerana kecewa rupanya bukan seperti manusia lagi..


Bunuh diri kerana kecewa rupanya bukan seperti manusia lagi..

Mangsa serangan asid Pakistan, Fakhra Younus mengambil keputusan membunuh diri kerana kecewa dengan nasib dirinya selepas menjalani pembedahan lebih 30 kali sejak lebih satu dekad lalu bagi memperbaiki wajah dan anggota badan.

Bekas penari berusia 33 tahun ini diserang bekas suami dan juga bekas ahli perundangan dan anak lelaki seorang ahli politik berpengaruh.
Fakhra melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rome yang menjadi kediaman dan tempat rawatannya.

Bilal Khar

Perbuatannya membunuh diri pada 17 Mac lalu dan ketibaan mayatnya di Pakistan Ahad lalu mencetuskan semula perbahasan hangat mengenainya selepas mendapat liputan besar antarabangsa.

Kematiannya berlaku kurang sebulan selepas seorang penerbit filem Pakistan menang Oscar menerusi dokumentari mangsa asid.
Fakhra bekerja sebagai penari di kawasan lampu merah di Karachi apabila berkenalan dengan Bilal Khar, bakal suaminya yang juga anak lelaki bekas gabenor Punjab, Ghulam Mustafa Khar. Ia adalah perkahwinan ketiga Ghulam yang berusia 30-an ketika itu.

Pasangan itu berkahwin selama tiga tahun sebelum Ghulam meninggalkan Fakhra selepas dituduh mendera dan berkasar bahasa dengannya. – AP 

Read more: Bunuh diri kerana kecewa rupanya bukan seperti manusia lagi.. | Lulu pages http://lulu-pages.blogspot.com/2012/03/bunuh-diri-kerana-kecewa-rupanya-bukan.html#ixzz1qZ6YvnQc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s