Indahnya Islam: Adab Dalam Berdoa

Indahnya Islam: Adab Dalam Berdoa

Adab-adab Dalam Berdoa
  1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kekotoran, hadas dan najis.
  2. Memulakan doa dengan membaca ‘Bismillah’ dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah (s.a.w).
  3. Menghadap ke arah kiblat.
  4. Memohon ampun dengan merendahkan siri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang dilakukan sebelum berdoa.
  5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.
  6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan suara.
  7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.
  8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.
  9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, apakaian ataupun pekerjaan.
  10. Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhannya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Panduan Agar Doa Diterima Allah
  • Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat melalui wahyu yang datang dari Allah. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam bahasa Arab.
  • Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata kerana Allah.
  • Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersunguh-sungguh.
  • Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
  • Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang dihajatkan itu akan diperkenankan oleh Allah.
  • Berdoa, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.
  • Tidak pernah berputus asa di dalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqamah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.

KREDIT: Pure Words

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s