Remaja Maut Terperosok di Bawah Lori


SIBU: Seorang remaja di sini terbunuh selepas motosikalnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan paip di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, semalam.
 Mangsa yang maut berusia 20 tahun itu, dipercayai mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian yang difahamkan berlaku sekitar jam 10.10 pagi.

Kemalangan itu berlaku di salah satu selekoh kecil di jalan terbabit apabila mangsa dikatakan menuju ke arah Jalan Salim manakala lori terbabit difahamkan menuju ke Kanowit.
Motosikal yang ditunggang oleh mangsa difahamkan merempuh bahagian belakang lori terbabit sehingga menyebabkan mangsa terperosok ke dalam lori itu.

Paramedik yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian selepas beberapa minit ketibaan ambulans di kawasan kemalangan.
Trak tunda yang kebetulan melalui tempat kejadian kemudian membantu mengangkat bahagian belakang lori untuk mengeluarkan motosikal dan mangsa.
Jabatan Bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Sehingga berita ini ditulis petang semalam, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan lagi dan kes masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s