Lagi Kes Pelajar Lelaki buli Pelajar perempuan dan raba-raba…


 Lagi Kes Pelajar Lelaki buli Pelajar perempuan dan raba-raba…








Gambar: Jemilah Abdullah menunjukkan kesan lebam pada belakang badan anaknya, Norizan Janal Abidi pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mat yang diugut dan dipukul empat orang pelajar lelaki di rumahnya di Kampung Pulau Serai, Jalan Tangjung Selangor, Pekan, 7 April.

Sensasi:Alamak,perlu ke sampai selak seluar anak yang dah form 3 dan dah cukup akil baligh tue masuk dlm newspaper…aduyai…habis kene kutuk kat skolah lagi nanti…whatever lah mak cik..
Kenapa masih byk lagi kes buli..apa yang cikgu dan pengetua buat?takkan takda pelajar lain yang ambil tahu ttg pelajar lain…pelik giler la…xpaham sensasi…huhu…sensasi dulu blaja skolah yg descent jer…pelajar saling menyayangi dan,guru2 pun dihormati..

PEKAN 7 April – Seorang pelajar perempuan mendakwa sering menjadi mangsa buli dan ugutan oleh empat rakan sekelasnya yang menggelarkan diri mereka ‘Geng Kapak’ sejak Februari lalu. Sepanjang tempoh itu, geng tersebut dikatakan meminta wang 50 sen hingga RM1 daripada mangsa dan akan memukulnya jika tidak memenuhi permintaan mereka.

Terbaru, kira-kira pukul 1 petang semalam, Norizan Janal Abidi, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mahmud Mat di sini, cedera dilibas dengan kerusi di punggung. Kepala mangsa turut ditekan di atas meja sehingga tudung yang dipakainya tertanggal.

Menurut mangsa yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu, kejadian berlaku apabila dia enggan memberikan wang seperti diminta.

“Mereka selalu minta wang daripada saya iaitu sebanyak 50 sen hingga RM1. Memang saya tidak pernah beri dan sebab itulah mereka sering pukul saya.

“Semalam, saya terpaksa menipu menyatakan berpuasa dan tidak ada wang menyebabkan mereka menolak saya semasa menuruni tangga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Serai, Jalan Tanjung Selangor, di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Norizan memberitahu, dia telah mengadu kepada pengetua sekolah kerana sebelum ini hanya mendiamkan diri kecuali kepada ibunya.

“Apabila pengetua masuk ke kelas mencari pelajar itu, keempat-empat mereka menghilangkan diri.

“Bagaimanapun, selepas pengetua keluar dari kelas, mereka datang dan menyerang saya bertalu-talu. Semua pelajar hanya melihat kerana takut dengan kumpulan tersebut,” jelasnya.

Norizan mendakwa, geng itu pernah menggunakan pisau untuk mengasah pensel dan kaca untuk menakut-nakutkan dirinya supaya tidak melawan.

“Mereka juga akan meraba-raba kocek baju sekolah dan mencari wang tetapi tidak berjaya kerana saya awal-awal lagi menyembunyikannya di dalam kasut sekolah.

“Apa yang membuatkan saya rasa malu, apabila tidak menemui wang di dalam kocek, mereka akan meraba ke dalam baju untuk mencarinya,” ujarnya.

Sementara itu, ibu mangsa, Jelimah Abdullah, 40, berkata, dia terkejut mendapati anaknya pulang ke rumah dengan berjalan terhuyung- hayang dan kesakitan semalam.

“Sebaik sahaja membuka pintu, saya terkejut apabila melihat wajahnya kemerah-merahan seperti menahan sakit.

“Apabila diperiksa, lehernya bengkak kerana ditumbuk dan ditekan ke meja manakala punggungnya bengkak dilibas dengan kerusi,” katanya yang merupakan seorang peniaga.

Sebelum ini, ujarnya, Norizan sering mengadu dipukul dan dibuli tetapi dia hanya meminta anaknya supaya merujuk kepada guru kerana tidak mahu campur tangan dalam hal sekolah.

“Namun apabila keterlaluan macam ini, saya segera melaporkan kejadian ini kepada polis supaya keselamatan anak saya terjamin,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s