Status Lagu Bawaku Pergi Diketahui Seminggu Lagi


Status Lagu Bawaku Pergi Diketahui Seminggu Lagi



Keputusan sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak dan Kaka akan diharamkan atau sebaliknya hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, lagu itu hanya digantung buat sementara waktu sehingga siasatan sepenuhnya selesai dijalankan.

“Kita masih menjalankan siasatan dengan mengenal pasti sama ada lagu tersebut secara langsung menghina agama, budaya atau moral.

“Kerajaan akan bersikap teliti dan adil sebelum sesuatu lagu itu diharamkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai lagu tersebut yang digantung siaran buat seketika ekoran liriknya yang mendatangkan kon troversi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pen cipta Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M. Daud Wahid berkata, lagu tersebut wajar diharamkan jika liriknya boleh mendorong anak muda terutamanya remaja perempuan untuk lari dari rumah. – Kosmo! Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s