Pasangan Kekasih Memadu Asmara Di Kaki Gunung


Pasangan Kekasih Memadu Asmara Di Kaki Gunung

Beberapa pasangan menghabiskan masa dengan bermesra di kawasan rekreasi Gunung Reng, Jeli kelmarin.

JELI – Kawasan rekreasi Gunung Reng dekat sini menjadi tempat remaja berkumpul dan bermadu asmara terutama pada hujung minggu.


Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan kelmarin mendapati, beberapa pasangan remaja lelaki dan perempuan dilihat bergurau senda dan tanpa segan silu berpegangan tangan.


Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Abang Ajik, 50, mendakwa, kawasan rekreasi yang terletak di kaki Gunung Reng itu dijadikan lokasi bercengkerama oleh golongan remaja tempatan dan dari luar daerah ini.


“Remaja-remaja tersebut juga sudah berani melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berpegangan tangan dan berpeluk secara terbuka.


“Sepatutnya perkara itu tidak berlaku memandangkan ia tempat umum dan dikunjungi oleh pelancong luar dan mereka yang membawa keluarga untuk beriadah,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.


Kawasan rekreasi Gunung Reng mempunyai beberapa kemudahan seperti padang permainan serta dewan orang ramai.


Seorang lagi penduduk, Mohd. Nasifuddin Sulaiman, 47, memberitahu, dia pernah melihat sepasang kekasih asyik berpelukan di kawasan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s