Kereta Terbang Selama Lapan Minit


Kereta Terbang Selama Lapan Minit

Kereta Transition bergerak di sebatang jalan raya di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.
Kereta Transition bergerak di sebatang jalan raya 
di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. 

DEE-ANN DURBIN, Amerika Syarikat (AS) – Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu. 
Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat. 
Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu. 
Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition. 
Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini. 
Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952). 
Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang. 
Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS. 
Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. – Agensi 
Sumber : Kosmo 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s