Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar

Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar

SEORANG anggota bomba berdiri dekat bangunan Vostok yang terbakar di tingkat 65 di Moscow kelmarin

MOSCOW – Tingkat teratas bangunan pencakar langit Vostok yang dalam pembinaan di sini terbakar kelmarin.

Ia akan menjadi bangunan tertinggi di Eropah jika siap dibina sepenuhnya pada tahun 2013.

Beberapa buah helikopter digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan air yang diambil dari sebuah sungai berdekatan.

Menara Vostok itu jika siap akan memiliki ketinggian 360 meter.

Bahagian yang terbakar itu di tingkat 65.

Ia akan mempunyai 95 tingkat jika siap sepenuhnya.

Pemilik bangunan berkenaan, Sergei Polonsky memberitahu saluran televisyen Rusia, 24, tiada kecederaan berlaku atau risiko struktur itu runtuh.

Beliau memberitahu, api merebak dengan cepat ke tingkat atas ekoran angin bertiup kencang.

Vostok terdiri daripada bangunan menara berkembar yang dikenali sebagai Kompleks Persekutuan apabila menara kedua, Zapad atau Barat siap kelak.

Punca kejadian masih belum didedahkan. – Agensi

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s