Baru 15 tahun anak jeneral ini dah jadi samseng jalanan

BEIJING: Seorang pegawai tentera China berpangkat jeneral semalam meminta maaf atas tindakan kejam anaknya yang memukul sepasang suami isteri.

Jeneral itu juga dan menawarkan gantirugi kepada pasangan terbabit.

Media menggelarkannya sebagai skandal yang melibatkan “generasi kaya kedua”.

Kes yang telah menyebabkan kemarahan orang ramai itu, adalah kes kedua selepas anak seorang pegawai polis cuba menggunakan status bapanya, untuk melepaskan dirinya setelah menyebabkan satu kemalangan ngeri, membabitkan kematian.

Menurut laporan rasmi yang disiarkan oleh akhbar Global Times, polis telah menahan Li Tianyi, 15, di Beijing setelah saksi berkata dia dan kawannya melompat keluar dari kereta dan membelasah pasangan suami isteri itu selama tiga minit di depan anak mereka.

Li dilaporkan tidak mempunyai lesen memandu dan kereta BMWnya tidak mempunyai nombor plat. – Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s