Beli rumah berharga AS$40 juta untuk tamatkan persengketaan

SAN FRANCISCO: Bilionair, Larry Ellison akhirnya menamatkan sengketa yang berlaku sekian lama dengan jirannya, membabitkan deretan pokok yang tidak terurus apabila dia membeli kediaman jirannya itu dengan harga AS$40 juta (RM120 juta).
Ellison, pengasas Oracle, sebuah syarikat perisian komputer, bertelingkah dengan jirannya di ‘Billionaire’s Row,’ sebuah kawasan kediaman mewah, sejak beberapa tahun lalu mengenai pokok yang didakwanya menghalang pemandangan teluk San Francisco dari kediamannya. Ellison, individu kelima terkaya di dunia, mengadu dua pokok besar pohon kayu merah di bawah bukit dari kediaman mewah seluas 10,000 kaki persegi dan lima bilik tidur miliknya di Pacific Heights menghalang pemandangan indah Teluk San Francisco.


Dia cuba menyaman pasangan suami isteri yang memiliki pokok itu kerana membiarkan tanaman mereka menghalang dia menikmati pemandangan indah itu. Usahanya itu bagaimanapun gagal. Akhirnya Ellison terpaksa menggunakan kekayaannya untuk menyelesaikan isu itu.

Dia membeli kediaman jirannya itu dengan harga RM120 juta. Ellison dikatakan bersetuju membeli kediaman yang mempunyai 22 bilik tidur itu tetapi tidak mempunyai garaj kerana yang penting baginya dia dapat menikmati pemandangan Teluk San Francisco.

Ellison sebelum ini pernah dua kali menawar untuk membeli rumah itu dengan harga RM45 juta tetapi tawaran itu ditolak. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s