KANTOI! SELUAR PENDEK & SELUAR DALAM BUKTI JANDA KHALWAT!

KANTOI! SELUAR PENDEK & SELUAR DALAM BUKTI JANDA KHALWAT!


KAMPUNG PAYA – Tindakan seorang janda membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara ketika ahli keluarga yang lain tiada di rumah membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Berikutan itu, serbuan dilakukan pihak polis kira-kira jam 10.30 pagi di rumahnya dekat sini membawa kepada penangkapan pasangan terbabit.Hasil pemeriksaan, teman lelakinya didapati berada di dalam sebuah bilik dalam keadaan bertuala bersama janda berusia 20-an itu yang hanya memakai tuala dan baju T.

Penemuan coli wanita, seluar dalam, seluar pendek paras lutut dipercayai milik janda terbabit dan baju serta seluar milik teman lelakinya yang dijadikan bahan bukti menguatkan dakwaan bahawa mereka melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Akhirnya, pasangan yang turut disahkan positif dadah apabila ujian saringan air kencing dilakukan selepas serbuan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin atas tuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Kedua-duanya apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memilih untuk membuat pengakuan bersalah sebelum masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dilakukan Pendakwaraya Syarie Nor Hakimah Awang manakala tertuduh lelaki berusia 23 yang berasal dari Kampung Che Lijah dan pasangannya, 24, tahun dari Jalan Lembah tidak diwakili peguam. – Utaranews.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s