Malam Aaron Aziz


Malam Aaron Aziz

Tepukan gemuruh dan jeritan penonton yang memenuhi segenap ruang Arena of Stars, Genting Highlands, saat namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 bagaikan restu daripada peminat yang berusaha meletakkan namanya mengungguli trofi dambaan ramai itu. Menewaskan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam yang menggenggam gelaran itu tahun lalu, Aaron Aziz, 36, mencairkan hati peminatnya menerusi filem Ombak Rindu seterusnya dipilih sebagai Bintang Paling Popular dengan undian sebanyak 87,669.
Terdahulu, jejaka itu turut dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Kemenangan Aaron itu bagaikan sudah dijangka kerana fenomena yang dicetuskan olehnya sebelum ini termasuk sambutan yang diterima sewaktu menghadiri siri jelajah promosi ABPBH2011 yang sungguh luar biasa.

Ternyata, itulah kuasa aktor dari Kota Singa yang diakui mempunyai aura dan pakej tersendiri. Paling menarik, Aaron mengulangi kembali kejayaan Datuk M Nasir yang pernah memenangi kategori itu suatu waktu dulu.

Namun, dalam kegembiraan, Aaron mengakui takut dengan gelaran itu.
“Saya membayangkan seperti memakai pakaian warna emas di kawasan khalayak ramai seperti pasar, terlalu menonjol kerana dari jauh orang sudah perasan. Itulah perasaannya apabila memenangi anugerah ini. Semua mata memandang apa yang kita buat. Kalau kita buat silap, orang akan cepat nampak,” ujarnya bermetafora.

Sebelum ini setiap kali disebut-sebut sebagai pemenang kategori itu, Aaron tetap merendah diri dan menganggap peluang untuk artis lain mengungguli kategori terbabit tetap ada. Namun penangan Ombak Rindu membuktikan segala-galanya.

“Saya akui Ombak Rindu memang menyentuh hati ramai, termasuk peminat dan juga orang industri. Tapi saya percaya, apabila kita buat sesuatu kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan, ganjaran akan datang dengan sendirinya,” kata Aaron lagi.

Ditanya apakah maknanya anugerah ini kepada kerjaya seninya, Aaron menyifatkan trofi itu sebagai peringatan untuknya supaya bekerja lebih keras.

“Saya masih ingat kata-kata aktor Rosyam Nor yang menyifatkan anugerah yang dimenangi bererti ada tanggungjawab yang menanti. Trofi ini akan mengingatkan saya supaya bekerja lebih keras dan tidak lekas berpuas hati dengan kejayaan yang digenggam,” katanya yang masih lagi terkejut dengan kemenangannya itu.

Sebagai pemenang, Aaron pulang dengan penuh bergaya apabila hadiah yang ditawarkan berupa hadiah Nissan Teana 250 XV V6 bernilai RM175,000 dan kalung mewah Rafflesia Mandalay bernilai RM250,000.

Senarai pemenang ABPBH 2011

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang berlangsung di Arena Of Stars di Genting Highlands.

– Bintang Paling Popular: Aaron Aziz – Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor
– Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla

– Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

– Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

– Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid
– Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan

– Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari

– Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

– Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

– Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

– Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

– Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza

– Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz

– Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz

– Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

– Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin

– Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Read more: Malam Aaron Aziz | Lulu pages http://lulu-pages.blogspot.com/2012/04/malam-aaron-aziz.html#ixzz1rZMl3bN8

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s