(Gambar) Aksi ghairah adik beradik Syahrini tersebar di internet

Mengemparkan industri seni Indonesia apabila hangat diperkatakan mengenai gambar aksi berahi pasangan adik beradik Syahrini dan Aisyahrini yang tersebar di internet waktu ini.

Gambar-gambar tersebut berupa koleksi peribadi pasangan adik-beradik tersebut. Mereka dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan bekas suami penyanyi tersohor Krisdayanti, Anang Hermansyah.

Syarini merupakan seorang penyanyi Pop Indonesia, seorang pendatang baru dalam industri hiburan tanah air. Beliau dilahir pada 1 Ogos 1982 di Bogor, pernah menghasilkan album solo pada tahun 2008 berjudul My Lovely.

Lebih hangat lagi, beberapa sumber mengatakan, bekas veejay MTV Daniel Mananta dan penyanyi Glen Fredly juga turut ditemui dalam koleksi gambar-gambar tersebut. 

Menurut Syahrini, gambar-gambar yang tersebar adalah daripada koleksi simpanan peribadinya dan menganggap ianya tidak salah kerana gambar tersebut adalah aksi-aksi biasa, tidak mengandungi aksi lucah.

“Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing, Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi”, tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s