Awek Dengan Putingnya!

entah sapa lah ni. 
Awek dan putingnya. Jom kita layanzz..
ALA TOMEY-TOMEY!!
Hakhakhak. Jangan marah ye semua. Hehehehe. Takkan lah aku nak terbitkan entri-entri yang lucah. Tak elok tau. Namo nakal-nakal. Mak marah nanti.
Cerita pasal puting, aku teringat kisah seorang awek dan putingnya. Kisah bermula di sini..
Sedang aku lepak makan kat Wangsa Maju. Aku didatangi oleh seorang awek yang menjual barang.
” Assalamualaikum bang. Abang, abang tak beli pun takpe. Abang tengok je dulu. Hari ni saya nak jual satu produk kat abang. Kualiti barang ni sangat bagus. Hari ni special offer bang. Dua puluh set dengan hanya RM10.”,ujar si awek tersebut.
Aku pun apa lagi. Pantang kalau ada awek tegur. Cun pulak tu. Terus aku mencipta wajah sekacak Shahrizal Jaszle kat muka aku ni. Dari segi perwatakan pulak, aku cuba meniru perwatakan seorang ahli perniagaan yang sedang minum kopi panas. Muka berlagak. Toleh pun tak kat awek tu. Sambil sesekali aku mengibas-ngibas baju konon-kononnya panas. Kebetulan pulak masa tu aku baru balik daripada interview kerja. Memang kemas lah aku pakai. Kemeja kaler pink, tali leher kaler hijau muda dan seluar slack kaler biru gelap. Pergh.. Memang terbaik. Dalam pada aku mengipas-ngipas baju tu, aku sempat jeling-jeling kat dalam poket baju ni. Bila aku nampak je sekeping kertas warna hijau, serta merta hidung aku kembang kempis kembang kempis.
” Heh heh. Ada lima ringgit. Boleh belanja awek ni minum.”,bisik aku dalam hati.
Dalam mod muka ketat, berlagak, angkuh apatah lagi ego tu.. aku membuat isyarat tangan untuk menyuruh awek tu duduk depan aku. Awek tu mula bergerak ke depan aku dan terus duduk. Perghhh!! Memang cantik. Terbbaeekk. Jantung aku dah mula berdegup kencang. Nafas aku dah tak terkawal. Air liur aku hampir-hampir meleleh. Tapi, demi mempertahankan keegoan aku ni, aku nekad kembali kepada mod tadi. Berlagak, angkuh dan penuh dengan ego. Aku buat-buat tak tertarik langsung dengan awek tu. Aku menyuruh dia memesan air dan dengan angkuhnya aku memberitahu yang aku akan bayar air dia tanpa syak wasangka. Sesekali mata aku sepetkan untuk menjeling awek tu. Pergh.. terasa gila kacak aku masa tu. Awek tu pulak macam malu-malu. Kompem! Dah kompem dah dia terpesona dengan kekacakan dan ketampanan aku.
” Err. Barang apa yang awak jual tu?”,soal aku. Masih lagi membuat muka ketat. Keperibadian seorang orang kaya yang bergelar Tan Sri aku paparkan ketika itu.
” Puting.”
” Puting?”,soal aku. Dahi aku mula berpeluh-peluh. Mata aku secara automatik mensasarkan bahagian dada awek tersebut. Mulut aku melopong secara tiba-tiba.
Secara tiba-tiba kepala aku dibedil dengan kasut tumit tinggi awek tu.
” Bukan puting tu lah abang. Ke situ pulak dia!! Ni ha! Puting susu untuk bayi. Kalau abang ada anak, boleh lah beli daripada saya. Murah tapi berkualiti.”,terang awek tersebut sambil menghulurkan bungkusan puting itu kepada aku.
Aku mengambil bungkusan tu sambil sesekali memandang sekeliling.
” Owh.. Tapi saya tak ada anak. Anak buah pun tak ada. Tak apalah. Saya tak nak beli. Hari ni saya belanja awak minum je.”,ujar aku.
Nasib baik awek tu sporting. Dia tak kisah pun aku tak beli puting dia tu. Petang tu kitorang minum sama-sama. Bangga jugak lah rasanya sebab lepak minum dengan awek cantik. Sesekali aku jeling-jeling jugak orang-orang yang ada kat meja sebelah, belakang, dan depan. Bila ada mamat-mamat yang pandang aku, aku dengan riaknya mengangkat-ngangkat kening tanda bangga. Masa lepak tu, macam-macam cerita yang aku reka untuk meng-up diri aku. Bila dia tanya pekerjaan aku, dengan tenang je aku jawab yang aku adalah seorang akauntan bank.
Lepas lebih kurang 30 minit bersembang-sembang, awek tu minta izin untuk beransur. Sebagai seorang lelaki yang hebat dan terbilang, takkan aku tak izinkan betul tak? Sedangkan Aaron Aziz pun mengizinkan bini dia untuk keluar beli belacan, inikan pulak aku yang lebih kacak daripada pelakon tu. Aku pun segera memanggil pelayan di restoran tersebut untuk membayar. Kesemuanya RM 3.60. Huh! Apalah sangat RM3.60 tu jikalau nak dibandingkan dengan martabat aku. Aku pun dengan gila gila gila berlagaknya mengeluarkan duit yang berada di dalam poket baju aku. Dan dengan drastiknya aku menghulurkan kepada mamak tersebut.
” Keep the change!”,ujar aku penuh bongkak dan takbur.
” Ini apa ini?!! Kertas apa ni?”,soal mamak tu.
Aku mula gelabah. Aku tengok duit RM5 kat tangan mamak tu. Nafas aku mula tercungap-cungap bila aku melihat kertas berwarna hijau. Baru aku teringat tu adalah kertas yang aku lipat-lipat buat kapal terbang. Aku mula panik. Halkum aku turun naik turun naik. Baru aku teringat yang dalam poket aku cuma tinggal rm2 je. Perghhh. Aku pun terus buat-buat diserang sawan babi untuk menyelamatkan diri. Masa tu aku dah tak pedulikan awek yang ada depan aku tu lagi. Lebih baik tak dapat awek tu daripada nak kena basuh pinggan kat belakang. Dan aku lebih rela malu daripada awek tu tau aku tak ada duit. Jatuh martabat aku. Akhirnya, planning aku berjaya. Disebabkan sawan babi tu, tauke kedai tu tak meminta pun bayaran daripada aku. Aku cuba menjeling untuk mencari awek tu. Ternyata hilang terus daripada pandangan. Mungkin takut mungkin jugak malu dengan orang sekeliling agaknya.

2 thoughts on “Awek Dengan Putingnya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s