Bomoh RM10k paksa beli ubat

KUALA LUMPUR: Mereka menggelarkan diri sebagai pasangan yang pakar urut urat tradisional selain mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin lelaki atau wanita, namun proses dan kos rawatan sungguh mengejutkan apabila ia didapati tidak masuk akal.
Selain urutan, pasangan itu menawarkan perkhidmatan penawar jampi serapah, resdung, mandi bunga dan pelbagai perkhidmatan perubatan alternatif lain menggunakan kaedah pelik dan menakutkan.
Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang mendapatkan khidmat tukang urut di sebuah rumah yang dijadikan pusat urut di Gombak, dekat sini, apabila si isteri mengalami sakit tulang belakang selepas berurut dengan seorang wanita di pusat urut berkenaan.
Mangsa yang juga jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Amir, 45, berkata ketika membawa isterinya ke pusat itu, seorang tukang urut wanita yang memberikan perkhidmatan kepada mereka berjanji akan memberikan rawatan sehingga isterinya pulih dengan bayaran RM675.
“Sebenarnya, ketika proses urutan lagi, saya mula sangsi apabila tukang urut mengurut sambil merokok serta menghembuskan asap ke badan isteri dengan membaca mantera pelik yang sukar difahami.
“Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya, terutama selepas dimaklumkan ia sememangnya kaedah biasa yang digunakannya untuk mengurut pesakit, kononnya untuk menghalau ‘benda tak elok’ yang menumpang di badan pesakit,” katanya kepada Metro Ahad.
sumber : myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s