Budak bijak guna GPS cari telefon ibunya yang dicuri

Inilah kelebihan jika ada anak-anak yang telah didedahkan dengan
teknologi yang berguna.Kadang-kadang kita yamg dewasa pun tak terfikir
macam dia orang berfikir….
WOODBRIDGE, Britain – Seorang anak, Kristen Richardson berusia 12 tahun mengesan lokasi telefon bimbit ibunya yang disimpan oleh seorang pencuri, dengan menggunakan sistem kedudukan global (GPS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu budak itu, Gemma Richardson, 32, mendapati telefon bimbitnya yang berharga £230 (RM1,127) hilang selepas dia minum di sebuah bar di Felixstowe, Suffolk pada Ahad lalu.

Dia kemudian memberitahu anaknya, Kristen yang kemudian dapat mengesan lokasi telefon bimbit ibunya itu.

Kristen dapat mengesan kedudukan telefon itu dengan menggunakan komputer riba ibunya menerusi GPS kerana dia telah memuat turun satu aplikasi keselamatan telefon ke dalam telefon bimbit ibunya.

Budak itu mendapati telefon bimbit itu berada beberapa meter dalam sebuah rumah di sebuah kampung beberapa kilometer dekat sini.

Dia kemudian melihat alamat rumah tersebut menerusi Google Street View di Internet sekali gus dapat melihat gambar rumah berkenaan.

Ibunya kemudian menghubungi polis bagi memberitahu alamat rumah tersebut.

Menurut akhbar Daily Mail, beberapa anggota polis kemudian pergi ke rumah tersebut dan menemui telefon bimbit itu.

Seorang lelaki berusia 21 tahun di dalam rumah itu kemudian mengaku dia mengambil telefon tersebut semasa berada di bar tersebut.

Menurut seorang jurucakap polis, kes itu diselesaikan menerusi pendekatan komuniti apabila si pencuri telefon tersebut menulis surat meminta maaf kepada pemilik telefon. – Agensi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s