Ibu Dan Ayah, Cintailah Mereka Apa Adanya

Assalamualaikum
Satu soalan dari admin, u olls masih punya ibu bapa? Alhamdulillah….sayangi mereka dan pada mereka yang telah kehilangan , kirimkan selalu doa buat mereka. Admin nak cerita sikit tentang sikap kita terhadap ibu bapa, kerana itulah yang akan menentukan dimanakah tempat terakhir kita kelak, neraka atau syurga.

Dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam tempoh 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu. Hanya kepada Akulah tempat kamu kembali”

Lalu bagaimana pula cara untuk kita tunjukkan rasa cinta kita terhadap mereka? Sebagai anak apa impian terbaik kita untuk mereka?  Dan dalam setiap impian dan cita-cita kita, adakah mereka menjadi keutamaan atau hanya sekadar “DIHUJUNG INGATAN?”

U olls tahu tak? Mendapatkan redha mereka bukan hanya semata-mata untuk memenangi hati mereka tetapi kerana kerehdaan daripada merekalah, maka kita akan mendapatkan kerehdaan daripada Allah s.w.t. Inilah cara dan jalan untuk memperolehi kebahagian hidup.

Ok, bagaimana pula adab-adab kita terhadap ibu bapa? jom kita lihat sama-sama….

  • Taat perintah mereka
  • Segera menjawab panggilan mereka
  • Tidak memotong bicara mereka
  • Tidak bermuka masam dalam apa jua keadaan
  • Tidak keluar rumah tanpa izin mereka
  • Tidak membuat keputusan kecuali setelah mendapat izin dan restu daripada mereka
  • Memberikan hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu
  • Memuliakan sahabat mereka
  • Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia

….sama-sama menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s