Kubur besar kandungi 52 mayat



Polis di Timor Leste menemui sebuah kubur yang mengandungi rangka tulang 52 orang dekat pejabat Perdana Menteri, Xanana Gusmao, kata seorang pegawai semalam.
Beberapa pekerja pembinaan menemui kubur tersebut pada minggu lalu sebelum mereka menghubungi polis.
Pada tahun 1975, Tentera Indonesia menceroboh Timor Leste yang merupakan bekas jajahan Portugal itu.
Timor Leste yang ketika itu dikenali sebagai Timor Timur diduduki selama 24 tahun oleh Indonesia.Dianggarkan seramai 183,000 orang terbunuh akibat pencerobohan itu.
Ketua Perkhidmatan Siasatan Jenayah Timor Leste, Calisto Gonzaga menyatakan rangka itu terlalu besar dan tidak mungkin ia milik penduduk Timor Leste.
“Kami melihat tengkorak dan ia amat besar dan sebilangan tulang amat panjang. Saya berpendapat rangka itu bukan (milik) penduduk Timor Leste,” katanya.
Menurutnya, kedudukan rangka itu memberi petunjuk bahawa si mati mungkin dibunuh.Gonzaga berkata, polis akan menunggu laporan seorang pakar dari Australia yang akan tiba pada Julai depan sebelum membuat sebarang penyiasatan.
Seorang profesor dari Australia, Damien Kingsbury menyatakan, tulang-tulang itu mungkin milik penduduk berketurunan Cina.
“Penduduk Cina masih berada di Timor Leste semasa Indonesia menceroboh pada tahun 1975.”Mereka mungkin menjadi sasaran serangan tentera Indonesia pada masa itu,” katanya.[sumber]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s