Nora Danish berlakon adegan ranjang… WOHAA!!!!

FILEM berjudul Mencari Cinta yang diarahkan oleh Shirin Khuzaimi buat pertama kalinya telah menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Rusdi Ramli dan Nora Danish.

Namun begitu, pihak media yang berkesempatan menonton sebahagian sedutan filem berkenaan dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Ipoh, Perak, mendapati banyak adegan romantik dan ranjang yang membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi ketika ditemui berkata dia sendiri tidak menyangka perlu melakonkan adegan yang pastinya mampu mencipta sensasi apabila ditayangkan nanti.

“Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, tetapi bukan mudah untuk saya melakonkan adegan romantik dan ranjang. Apatah lagi melakukannya dengan pelakon cantik seperti Nora Danish dan saya pula sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, saya anggap setiap babak yang kami lakonkan itu sebahagian daripada tuntutan kerja. Lagipun, sebelum memulakan sesuatu babak itu saya dan Nora banyak membuat perbincangan,” ujar suami kepada komposer Sharon Anne Paul Abdullah.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) setelah ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. itu sudah tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada bulan Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta.

Akui Rusdi, pada mulanya dia agak terkejut apabila membaca skrip filem berkenaan terutamanya babak-babak yang perlu dilakonkan bersama Nora, namun dia tetap menerima tawaran yang diberikan kerana watak sebagai Razlan agak berbeza dengan filem-filem lakonannya sebelum ini.

“Perasaan berdebar itu memang ada memandangkan saya tidak pernah terbabit dalam adegan ranjang seperti di atas katil. Untuk mengelakkan rasa kekok, saya meletakkan diri saya sebagai Razlan dan bukan Rusdi.

“Bagi saya, tidak perlu ada sebarang kontroversi yang perlu timbul kerana kami sekadar melakonkan adegan sebagai pasangan suami isteri. Kami sekadar berlakon mengikut kehendak skrip dan adegan yang ditampilkan tidak keterlaluan,” jelas pelakon berusia 42 tahun itu.

Sementara itu, Nora yang turut hadir pada majlis tersebut meluahkan rasa gembiranya apabila dapat bergandingan dengan Rusdi yang disifatkannya sebagai seorang pelakon yang hebat.

Ujar Nora, selama ini dia memang teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lelaki yang lebih berpengalaman dan pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik seperti Rusdi.

“Sebelum ini saya lebih banyak melakonkan watak-watak gadis ceria dan ini kali pertama saya membawakan watak romantik. Pada mulanya saya menyangka berlakon dalam filem bergenre romantik sangat mudah.

“Namun, sangkaan saya ternyata meleset sama sekali dan saya anggap watak saya dalam filem Mencari Cinta ini sangat mencabar dan memerlukan penghayatan yang lebih mendalam,” jelasnya.

Diminta mengulas mengenai adegan romantik dan ranjang yang perlu dilakonkan bersama Rusdi, pelakon berusia 30 tahun itu memberitahu dia tidak dapat menahan ketawa ketika melakukannya.

“Bukan mudah untuk melakonkan adegan sebegitu dan ini kali pertama saya melakukannya. Namun, pengarah sendiri banyak membantu dan Rusdi juga banyak memberi tip lakonan kepada saya,” ujarnya.

Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan ramai pelakon hebat seperti Fouziah Ghouse, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s