Soalan Ramalan Psikologi | Memilih Pasangan


Reactions: 

 
Soalan | Ramalan | Psikologi | Memilih Pasangan

Satu soalan psikologi yang sangat menarik, Daripada jawapan yang diberikan, kita dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Soalannya berbunyi begini:

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Sekiranya anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan lakukan terlebih dahulu mengikut urutan KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN diri anda sendiri.
Yang pastinya semua perkara tersebut mestilah juga diselesaikan. Susunlah mengikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
 
Pejamkan mata..
 

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. 

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
 

Bagaikan situasi sebenar, anda perlu membuat keputusan dengan segera..

Setelah membuat keputusan, inilah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
 
Susunan jawapan anda akan menunjukkan apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan.
Kalau anda memilih untuk menutup air medidih 
Menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air:
Menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis:
Menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
Menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu:
Menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda..

Macammana dengan keputusan anda? 
Apakah yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
 

Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

j

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s