[Video] Raja Azmi Sah Bercerai

Wednesday, 27 June 2012


KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama 28 tahun antara penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek akhirnya menemui noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.
Jalani atau nama sebenarnya Mohd Jalani Mohd Sidek, 49, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi petang kelmarin.
Raja Azmi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Bagaikan babak sedih dalam filem, pasangan itu bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Jalani melafazkan cerai. Secara kebetulan semalam adalah hari ulang tahun Raja Azmi yang ke-53.
Raja Azmi yang memakai baju bercorak batik dan berselendang hitam tidak dapat menahan sebak apabila Jalani mengucup pipinya. Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan. Pada prosiding itu, Jalani tidak diwakili peguam manakala Raja Azmi diwakili peguam Roslizam Rahim. Mereka hadir bersama-sama ditemani anak perempuan kedua, Puteri Suaida dengan menaiki sebuah kereta pada jam 3 petang sebelum prosiding itu selesai 30 minit kemudian. Terdahulu ketika prosiding bermula, Roslizam memaklumkan mahkamah pihaknya menyerahkan saman kepada Jalani selaku plaintif jam 2 petang semalam dan defendan bersetuju dengan tuntutan plaintif. 
Berdasarkan fakta kes, Roslizam berkata pasangan itu sudah tidak mempunyai persefahaman di dalam perkahwinan dan wujudnya shiqa’ (perbalahan) berpanjangan. “Pelbagai spekulasi melanda pihak-pihak menyebabkan tiada persefahaman. Wujud shiqa’ antara mereka. “Pihak-pihak telah berbincang dan mengambil masa yang lama untuk mencapai persetujuan ini (bercerai). Mereka bermuafakat bahawa mereka boleh terus berkasih sayang sebagai kawan dan bukan sebagai suami isteri,” katanya.
Sebelum membenarkan permohonan itu, mahkamah memuji sikap pasangan itu yang akan terus hidup dengan aman walaupun sudah bercerai.
Raja Azmi dan Jalani bernikah di Kamunting, Perak, pada 22 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak, Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18, serta seorang cucu, Mohd Akid Mohd Shadan, 1.
sumber mymetro.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s