Apple bayar RM189 juta selesai isu nama iPad

SHANGHAI – Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. bersetuju membayar AS$60 juta (RM189 juta) kepada syarikat Shenzhen Proview Technology bagi menyelesaikan pertikaian berhubung nama iPad.
Apple menggunakan nama iPad untuk komputer tablet keluarannya.
Menurut kenyataan Mahkamah Tinggi wilayah Guangdong di laman webnya semalam, Apple telah membayar wang tersebut pada minggu lepas.
Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding yang dituntut syarikat tersebut iaitu AS$400 juta (RM1.26 bilion).
“Ini bermakna pertikaian berhubung nama iPad dapat diselesaikan dalam cara yang memuaskan (kedua-dua pihak),” kata kenyataan tersebut.
Syarikat sekutu Shenzhen Proview di Taiwan telah mendaftar nama ‘iPad’ di beberapa negara termasuk China sejak awal tahun 2000 sebelum Apple tampil dengan menggunakan nama tersebut.
Seorang peguam syarikat Shenzhen Proview, Xie Xianghui berharap pihaknya dapat memperoleh ganti rugi sebanyak RM1.26 bilion.
Menurutnya, wang tersebut jika diperoleh akan digunakan untuk membayar hutang syarikat. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s