ELLA BERKAHWIN 7 JULAI 2012


7 Julai 2012 ini merupakan satu tarikh bermakna buat ratu rock Malaysia, dengar gosip Ella bakal berkahwin dengan seorang juruterbang. Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.

Ella Bakal Berkahwin 7 Julai 2012

Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu. Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.

Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri. Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas.- Murai.com.my-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s