Basikal Terbang Yang Membolehkan Anda.Terbanglah!


BASIKAL TERBANG YANG DIREKA SUPAYA ANDA MAMPU TERBANG DI UDARA DENGAN HANYA MENGGUNAKAN KAYUHAN. INOVATIF TAPI BENTUKNYA AGAK KELAKAR, SERIUS.

Masa kecik-kecik dulu pernah tak anda bawak basikal laju-laju melepasi tebing konon-konon basikal anda tu akan terbang sebentar macam motorcross? Tapi instead of nak menunjuk-nunjuk depan member-member, anda sendiri yang tergolek, jatuh luka dan balik menangis mengadu dekat mak.

Nah, dengan adanya basikal terbang ini anda bolehlah melaksanakan impian semasa kecil tersebut.

Basikal terbang yang direka oleh team designer terdiri dari Technodat, Evektor dan Duratec ini membolehkan anda terbang di udara selama 5 minit, dengan menggunakan konsep gabungan struktur duralumin yang ringan, daya dorongan berketepatan tinggi dan teknologi penstabilan yang advanced.

Basikal seberat 85kg ini mampu digerakkan selama antara 30-50 minit, dengan kelajuan maksimum mencapai sehingga 50 kilometer sejam.

Hah, amacam, kalau ada jual dekat Malaysia, rasa-rasanya nak beli tak? Tapi kena siap-siap pakai helmet mungkin, bukan sebab nak ikut peraturan jalan raya, tapi untuk mengcover muka dari rasa malu menjadi bahan ketawa orang ramai. Mengarut benar design dia. Haha.

basikal-terbang
terbang-selama-lima-minit
lakaran-konsep
pandangan-sisi
bahagian-dalaman
lakaran-asal
Sumber dari Yanko Design

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s