Peminat bola sepak yang mustahil

UEFA Euro 2012 dah pun habis. Spain sekali lagi menang dan ini merupakan kemenangan ketiga berturut2 dalam kejohanan bola sepak yang besar iaitu Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal bola atau Euro pun, aku nak cerita sesuatu yang boleh berlaku tapi mustahil untuk berlaku walau dalam 1000 tahun lagi pun.

Bila tiba je Euro ke, Copa America ke, World Cup ke, maka berduyun2 lah orang Malaysia beli jersi pasukan negara kegemaran mereka baik yang original mahupun yang ciplak yang dibawa dari siam, dan dengan bangganya kita pakai jersi tu dan kalau team kita menang mulalah merasakan diri sebagai warganegara negara tersebut, Spain ka, Italy ka, Germany ka, Netherlands ka, Brazil ka, Argentina ka, dan lain2.

Tapi pernah tak terfikir yang baju jersi negara Malaysia tak pernah pun dipakai oleh warga negara lain hatta negara jiran sekali pun seperti Indonesia, Thailand, Singapura, etc. Andai katalah mutu bola sepak negara kita semakin meningkat dan ranking pun dah bertambah baik sampai akhirnya dapat masuk World Cup… eh tak boleh nak bermimpi sangat, oklah at least dapat masuk pusingan kalah mati AFC Asian Cup, rasa2nya ada tak warga negara Sepanyol ke, England ke, Portugal ke, Nepal ke, Bangladesh ke, Filipina ke, Myanmar ke, Vietnam ke, Russia ke, mana2 negara la akan pakai jersi negara kita dan memberi sokongan kepada kita di negara diorang? Rasa2nya tidak bukan? Kalau ada pun terpaksa sebab ada kawan orang Malaysia.

Mungkinkah akan ada satu hari nanti peminat bola sepak luar negara menyokong pasukan Malaysia?

Memang mustahil sampai bila2 ada peminat bola sepak dari negara lain yang begitu meminati pasukan bola sepak negara kita seperti kita begitu meminati pasukan bola sepak negara lain. So tak payahla kita nak beria2 sangat pakai jersi dan sokong negara lain sangat… diorang takkan sokong pun walau negara kita juara World Cup sekalipun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s