Misteri kematian Tun Razak

Aku menemui sebuah artikel mengenai kematian misteri kematian Tun Razak dari sebuah blog. Then aku berminat untuk berkongsikan kepada korang.
Misteri kematian Tun Razak :

Aduka belum lahir semasa Tun Razak meninggal dunia. Begitu juga tukang-tukang komen yang terus menyangkal teori tersebut.
Semasa misteri kematian Tun Razak pada 14 Januari 1976, aku berada di Tingkatan Empat. dah baligh dan boleh berfikir.

Sebenarnya, banyak lagi kematian-kematian pemimpin negara yang diseliputi misteri…termasuk Tun Razak. Dan tahun 1976 memang penuh dengan sejarah.
Seminggu sebelum kematian Tun Razak, Perdana Menteri China Komunis, Chou En Lai meninggal dunia pada 8 January 1976.

Beberapa bulan selepas kematian Tun Razak, Tun Fuad Stephens dan keseluruhan menteri kabinetnya matiapabila kapalterbang Nomad Aircraft terhempas pada 6.6.1976 dan membunuh semua penumpang. Misteri kematian mereka masih belum terungkai dan kalau nak tau cerita yang lebih lanjut, boleh baca disini.

Tengku Razaleigh dan Tun Abdul Rahman Yaakob turut berada didalam kapal terbang tersebut, tetapi telah diminta turun dari kapal terbang disaat akhir. Tujuan mereka adalah untuk membincangkan royalti minyak untuk Sabah. Tun Fuad Stephens tidak bersetuju dan mengugut untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia.

Pada 4 December 1977, kapalterbang Mas yang membawa 93 penumpang termasuk Menteri Pertanian, Dato Ali Haji Ahmad terhempas di Tanjung Kupang dan membunuh kesemua penumpang. Selain daripada Dato Ali, turut terkorban ialah Dato Mahfuz, Pengarah JKR dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia. Butiran dari kotak hitam pesawat menunjukkan bahawa kapal terbang tersebut dirampas tetapi tidak ada siasatan atau laporan rasmi dibuat. Sehingga kini, sebab mengapa kapal terbang Mas itu terhempas masih menjadi misteri.

Pada tahun 1982, Ghazali Shafie terselamat dari kemalangan helikopter. Pilot helikopter tersebut terbunuh..tapi Ghazali Shafie terselamat dengan hanya calar-calar dibadan.

Pada tahun 1997, CEO DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad terbunuh apabila helikopter yang dinaikinya terhempas yang turut membunuh pilotnya.

Begitu juga dengan helikopter Puma yang ditugaskan untuk mengambil Anwar Ibrahim yang terhempas. Anwar terselamat.

Semua peristiwa ini dikategorikan sebagai X-Files. Mungkin ianya memerlukan Fox Mulder untuk merungkai misteri ini.

Balik kepada misteri kematian Tun Razak, memang ianya penuh dengan misteri. Cerita-cerita yang disampaikan kepada Aduka itu memang tersebar luas pada masa itu kerana ada beberapa kemusykilan.

Tun Razak adalah Perdana Menteri pertama yang melawat China Komunis pada tahun 1974. Perdana Menteri China Komunis pada masa itu ialah Zhou En Lai manakala Pengerusi Parti Komunis China ialah Mao Tse Tung. Tun Razak telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China komunis dan ini menyebabkan hubungan antara Tun Razak dengan Zhou En Lai menjadi akrab. Aku sebut “China Komunis” sebab memang itu terma yang digunakan pada masa itu untuk memisahkan China dengan Taiwan.

Orang Umno tak payah bising tentang siapa komunis sebab Tun Razak sendiri telah pergi menyembah Komunis di China pada tahun 1974. Zhou En Lai pada masa itu sedang sakit teruk dihospital tapi meminta kebenaran doktor untuk bertemu dengan Tun Razak. Dan lebih menarik, Zhou En Lai juga meninggal dunia beberapa hari sebelum kematian Tun Razak. Lebih menarik juga, Mao Tse Tung juga meninggal dunia pada tahun yang sama, pada 9.9.1976

Kematian Tun Razak diselubungi misteri. Tak ada siapa tahu pemergian Tun Razak ke London untuk rawatan leukemia. Rakyat Malaysia tiba-tiba dikejutkan dengan kematian Tun Razak.

Dan paling menghairankan ialah tidak ada gambar-gambar semasa kematian Tun Razak disana. Mengapa jenazah Tun Razak tidak disembahyangkan di Masjid Negara seperti mana kematian Tun Dr. Ismail? Siapa yang menyempurnakan sembahyang jenazah Tun Razak di London? Mengapa langsung tidak ada gambar-gambar?

Dan selepas jenazah dibawa kembali ke Malaysia..mengapa rakyat Malaysia langsung tidak diberi peluang untuk memberikan penghormatan terakhir sebaliknya terus dibawake makam pahlawan dan dikebumikan?

Kredit : Aduka
Aku bukan nak cerita hal politik tapi aku berminat dengan kisah ni. Ramai yang berpendapat / menyangkakan bahawa arwah Tun Razak bunuh diri. Kita tak tahu apa-apa, hanya Allah S.W.T yang mengetahui

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s