Sedar Tak Sedar, Ramai yang Dah Ikut Cara Setan

Dalam kehidupan kita sekarang nie….ramai yang berbangga dengan apa yang orang lain bangga….. Berbangga tapi tak tau sebab musabab….meniru gaya orang sekadar meniru tanpa usul periksa akan kenapa dan mengapa…. Sedar tak sedar….ramai yang dah ikut cara Syaitan atau nama ringkasnya….SETAN!
Bukan nak mengata…bukan nak mengeji….tapi sekadar peringatan kepada aku sendiri dan jugak kat korang sumer yang selalu alpa dan lalai dengan kemewahan dan keasyikan dunia yang tak berapa realiti nie…. Penuh dengan tipu daya dan fitnah segala benda… Kali nie bukan nak cakap pasal benda besar sebesar bangunan KLCC tu….tapi benda kecik je…..sepadan dengan diri aku nie yang kerdil je di bumi Allah nie….pasal MAKAN…
Aku tengok sekarang nie…. Ramai yang berbangga dapat makan cara orang barat… lagi-lagi makan western food….guna pisau dan garpu… Dan kalau korang perasan… Makan guna pisau dan garpu nie diajar makan dengan tangan KIRI…. Sedangkan sunah Nabi adalah makan dengan tangan kanan…. Ramai yang sanggup jadi pembela kepada cara makan orang barat nie….Mengatakan yang itu cuma sunnah…. Benda tak wajib… Kenapa nak bising… 
Bukan nak bising…tapi segala sunnah Nabi ada maknanya…. dan segala apa yang dibuat oleh Nabi tu…ada maknanya…. Mengapa perlu bangga dengan cara bukan sunnah tu?? Lagipun makan dengan tangan kiri adalah menyerupai cara makan SETAN-SETAN… Maknanya korang sekarang meniru gaya SETAN makan! Nak bangga ker?? 
Aku ambik petikan hadis yang sememangnya jarang korang baca…. Duk asyik baca pasal gosip artis jer kan… Hadis memang TAK PERNAH BACA pun kan….. 
“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” SAHIH MUSLIM
Untuk mengetahui lebih lagi pasal kelebihan makan dengan tangan kanan nie…. Korang boleh ke link ini…
Kepada yang suka ikut cara Barat tu….. sila cuba kurangkan la yer… sememangnya cara Barat kebanyakannya tidak membawa sebarang kebaikan pun….baik dari segi cara makan…. cara pakaian…. cara sosial….semuanya menjurus ke arah cara SETAN….. Dan untuk pengetahuan korang jugak…makan dengan tangan pun sunnah… Lebih baik berbanding dengan sudu atau garpu…
Mungkin ada yang kata cara Barat tu….ada jugak yang baik…. Yes….aku tak nafikan ada yang baik…. Tapi yang baik tu SEMUANYA SELARI DENGAN CARA ISLAM….. Perlu ingat….TIDAK ADA SATU PUN CARA ISLAM SEBENAR MENJURUS KE ARAH YANG TIDAK BAIK…. Kalau ada muslim yang jahat tu…. Tu sebab dia sendiri…bukan ajaran Islam yang mengajar dia buat jahat….. So….Please belajar dan amalkan apa yang disuruh Islam….. 
Cara makan dalam Islam nie…. selain dengan tangan dan tangan kanan…. Elok dimulai dengan buah-buahan… bukan pencuci mulut… Makan dengan kuantiti sedikit….iaitu berhenti sebelum kenyang…  Makan sampai habis dulu baru minum air… pastikan makanan dikunyah sebaiknya baru ditelan…. Dan yang paling penting dan paling banyak yang TERLUPA….. baca BISMILLAH sebelum makan…dan baca ALHAMDULILLAH selepas makan….. Ada korang amalkan sumer nie?? Cuba tanya pakar doktor pemakanan…. Adakah sumer nie selari dengan cara pemakanan yang sihat yang disarankan jabatan kesihatan?
Sangat rugi kalau korang dah dilahirkan dalam agama Islam….tapi tak amalkan….tak praktikkan dalam kehidupan seharian….Korang dah diberi kelebihan dilahirkan dalam agama ISLAM…Kenapa sia-siakan peluang itu??? Ibarat kata…..
Kebanyakan orang Islam sekarang, Ibarat dihidangkan minuman kegemaran ketika dahaga di hadapannya, Diminumnya air longkang yang kotor di belakang… Malah berbangga dengan perbuatan itu…

One thought on “Sedar Tak Sedar, Ramai yang Dah Ikut Cara Setan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s