[Video] Mencemaskan… Kanak-kanak Atas Balkoni Tingkat Lapan!

Kejadian ini belaku di Wyken, sebuah bandar kecil di daerah Coventry, England.

Seorang kanak-kanak hampir berdepan dengan kematian bila dirakamkan sedang berada di atas balkoni kira-kira 100 kaki dari paras tanah.

Balkoni tersebut berada di tingkat lapan, dan kanak-kanak tersebut duduk dan merangkak di atasnya mengundang kegusaran orang ramai yang sempat melihat aksinya dari bawah.

Seorang jiran dari apartmen bersebelahan, Debbie Green, sempat merakamkan video dramatik di bawah.

“Saya terlihat seorang kanak-kanak bermain di atas balkoni tanpa ada sesiapa yang mengawasinya. Saya sangkakan dia akan terjatuh dan jika itu berlaku sudah pasti kanak-kanak ini akan menemui ajal. Saya tidak pernah merasa kegusaran sebegini,” kata Debbie.

“Angoota polis datang kira-kira 6 minit kemudian tapi menantikan detik itu saya rasakan terlalu lama dan menakutkan,” tambahnya.

Selepas menggeledah selama 7 minit anggota polis akhirnya menemui unit apartment kepunyaan ibu-bapa kanak-kanak tersebut. Mereka sedang tidur semasa anak mereka hampir berdepan dengan maut jika terjatuh dari balkoni. -RR/PjO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s