Proses membeli rumah 2nd hand


Proses membeli rumah 2nd hand

Membeli rumah second hand boleh jadi rumah lelong atau rumah yang pemiliknya nak jual. Dalam kes saya, saya hendak membeli rumah yang pemiliknya hendak menjualnya. Saya bukan pakar, tetapi cuma mengongsi pengalaman saya dalam proses membeli rumah pertama saya ini. Saya rasa amat teruja dan seronok tetapi rupanya prosesnya amat rumit dan memakan masa. Tetapi ok juga, jadi saya ada masa untuk mencari dan menambah wang, kot-kot diperlukan nanti.

Dalam membeli rumah (bukan rumah baru), prosesnya amat banyak dan boleh memakan masa bertahun. Abang saya membeli rumah, sudah habis bayar, tetapi nama pemilikan masih belum ditukar. Menurut abang saya, kos membeli rumah pun tinggi dan wang diperlukan memang banyak, walaupun sekadar rumah lelong yang harganya murah.
Selalu diwar-warkan bahawa untuk membeli rumah, hanya perlu membayar 10% dari harga rumah, tetapi sebenarnya ada banyak lagi kos-kos sampingan… iaitu
1. Kos peguam – untuk beli rumah dan kos hutang bank – sekurang-kurannya 1600 X 2 = 3200
2. Kos agen – RM 2000 (bergantung, ada yang lebih mahal)
3.Kos – kos lain … pun perlu dimasukkan 

Mula-mula apabila mengetahui prosesnya dan jumlah yang diperlukan untuk membeli rumah ini, rasa mahu patah semangat juga, tetapi saya yakinkan hati saya mampu membelinya. Jadi sekarang ini, berjimatlah saya dan dalam masa sama, cuma mencari ruang menambah pendapatan. 

mari buat kiraan. Katakan rumah yang ingin dibeli berharga RM70,000.

1. 10% pendahuluan – Rm 7000
2. Kos lawyer – RM 1600 X 2 = RM3200
3. Kos agen – RM 2000 
4. Kos-kos lain – agen beritahu saya RM4000

Jadi jumlahnya – RM16200. 

Ini belum termasuk kos nak membaiki rumah dan pelbagai kos lain. Huhuhu. Mahalkan? Bayangkan kalau harga rumah lagi tinggi, maka lagi tinggilah kos nak membelinya. Jadi, menyimpanlah dari sekarang untuk kesenangan di masa hadapan. Ingatan untuk diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s