Cara Menyambut Hari Kemerdekaan

Cara Menyambut Hari Kemerdekaan

Menurut kementerian penerangan, Tema Merdeka tahun ini ialah ‘Janji Ditepati’. Oh Tidak. Tak mengapalah. Itu hal mereka apa pon niatnya dgn tema merdeka kali ni. Apa pon, kita sbg rakyat Malaysia, sambut merdeka satu perkara yang WAJIB. Cuma perlaksanaanya perlu selari dgn syariat. Itu paling penting.
Apa yang harus kita lakukan untuk menyambut hari kemerdekaan?
1. Baca ayat-ayat suci al-Quran. Eh, mengapa perlu baca al-Quran?Apa kaitannya dengan hari kebangsaan?Alahai susah sangat ke nak faham?Tak kiralah nak buat bila pon, cuma baca ayat al-Quran sempena hari kemerdekaan ni lebih elok,macho, hensem dari duk berpoyo-poyo di pusat hiburan atau menghadiri konsert-konsert kemerdekaan. 
Bahkan Rasulullah antara manusia yang dijamin oleh Allah untuk kesyurga. Kenapa baginda SAW masih nak beribadah sampai bengkak-bengkak kaki? Soalan ini diajukan oleh para sahabat, Lalu Rasulullah menjawab, salahkah aku ingin menjadi orang yang bersyukur?
Makanya, baca al-Quran antara salah satu langkah untuk tunjukkan syukur kita kepada Sang Pencipta. Dialah yang memberikan kemerdekaan kepada bumi Malaysia. Andai Dia tak takdirkan bahawa 31 Ogos bukan tarikh merdeka, adakah kita mengecapi kemerdekaan sekarang? 

2. Mantapkan ilmu didada. Hei, semua point takde kene mengena dengan kemerdekaan ni macamana ni? Aha, Hei dude, apa takde kaitan pulak. Sangat berkait ni kawan. Apa makna kemerdekaan jika kita masih didalam kejahilan? Apa makna merdeka jika kita masih dijajah dengan kejahilan? Apa makna merdeka jika kita masih terikut budaya Barat? Yeah, dengan ilmu,seseorang itu terkeluar dari kejahilan. Ahh, Muslim yang pakar dalam kedoktoran contohnya, boleh bikin ubat yang hebat untuk sembuhkan sebarang penyakit. Tak kan nak harapkan doktor barat je kawan. Ape barang!

3. Dengarkan lagu-lagu patriotik yang memberi semangat. Bab ni mudah bukan?Pastikan perkara diatas dibuat juga, Tak salah kita dengar lagu-lagu yang memberi semangat untuk membakar semangat patriotik. Antara lagu yang ingin saya syorkan ialah Warisan – SudirmanTanggal 31 – Sudirman. itu je yang saya nak syorkan. Lagu moden-moden ni, saya kurang syorkan sangat,lebih-lebih lagi lagu tema merdeka yang terkini. Aha. jangan marah.
4. Elakkan ke Majlis Mak cik Siat. Makcik Siat ni bukanlah berbangsa cina atau korea. Tapi makcik ini tak kenal erti bangsa dan agama. Semua dia sapu. Nama komersialnya ialah Maksiat. Satu perkara yang ingin saya pesan kepada semua, elakkan menghadirkan diri ke konsert-konsert yang melalaikan sempena menyambut merdeka. Jika anda benar-benar mengenali erti merdeka pastinya anda tidak akan membazirkan masa anda ke konsert yang membawa kelalaian dan maksiat. Kenapa saya kata begitu? Konsert-konsert ni budaya siapa sebenarnya?Adakah Rasulullah menganjurkan budaya konsert?Tidak salah nak berhibur. Mahukan berhibur, anda boleh anjurkan satu konsert yang khas pisahkan lelaki dengan perempuan, tidak mengasyikkan dengan suara wanita yang dilenggok-lenggokkan, tidak lalai dengan waktu solat dan sebagainya. Tapi adakah kebanyakkan konsert mengambil berat tentang hal ini? Kebanyakkannya tidak.
Erti merdeka yang boleh kita faham dengan ayat yang simple = bebas dari genggaman penjajah.
Adakah kita faham konsep penjajah?Adakah dengan menawan tanah Melayu sahaja itu dinamakan menjajah? Oh, sungguh tertipu, Mereka menjajah,bukan sahaja menjajah tanah,ekonomi, politik tapi mereka membawa ideologi pemikiran yang merasuk masyarakat tanpa disedari. Maknanya, mereka juga menjajah pemikiran kita. Tanamkan suka akan hiburan tanpa batasan. Dan sekarang,pemikiran itu ditafsir dalam bentuk konsert-konsert,pusat hiburan dan sebagainya. 
Jadi, jika andai sayangkan Malaysia, tinggalkan konsert maksiat! Itu baru Merdeka derr.
5. Memperingati para pejuang-pejuang Islam di tanah Melayu, Ingati pengorbanan mereka yang berhempas pulas membebaskan Malaysia dari penjajah. Ingat kawan-kawan, BEBASKAN DARI PENJAJAH, mereka berjuang untuk bebaskan dari penjajah, bukan berjuang untuk ketuanan mana-mana bangsa. Ingta tu kawan-kawan bumi Malaysia bukan untuk bangsa Melayu je, bumi ini milik Allah. Kafir ke orang itu, beriman ke orang itu, Allah tetap maha pemurah lagi maha kaya. 
Mereka berjuang untuk bebas dari penjajah yang mengeksploit ekonomi dan pentadbiran secara zalim. Penjajah mengenakan cukai yang tinggi, memaksa bekerja dengan mereka dan macam-macam lagi bentuk kezaliman. Rakyat bersusah, mereka goyang kaki menikmati hasil kekayaan di bumi Allah dengan cara batil.

Akhir kata, belajarlah jadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Elakkan daripada join pesta-pesta menari sempena sambutan hari kemerdekaan kerana itu bukanlah cara kita sebagai Muslim untuk menyambut dengan sedemikian rupa. Moga sambutan hari kemerdekaan kali ini, diredhai dan mendapat berkat dari Allah SWT.

Segala yang baik, itu datang dari Allah taala. Maaf andai terkasar bahasa. Salam Eid Fitri mubarak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s