10 Kampus Universiti Paling Cantik Di Dunia

Sebelum ini saya pernah cerita tentang kampus paling nikmat di dunia yang terletak di Copenhagen, Denmark. Memandangkan saya ini seorang (bekas dan bakal) mahasiswa dan saya yakin ramai di luar sana juga merupakan mahasiswa, jadi kali ini saya nak cerita pasal 10 kampus universiti paling cantik di dunia pula.

Apabila belajar, suasana sekeliling memang memainkan peranan yang penting. Agak mustahil untuk absorb seratus peratus apa yang kita belajar kalau tempat belajar tersebut bising, semak-samun, berbau dan tak selesa dipandang. Sebab itulah kampus atau kolej kediaman memainkan peranan yang penting sebab di situlah mahasiswa menghabiskan hampir separuh daripada hari mereka selain di kuliah, terutamanya pada waktu malam di mana memang kita sedia maklum waktu malam merupakan waktu paling menangkap untuk belajar.

Tapi kalau kampus pun dah macam apartmen tahun 70 an, tiap-tiap malam bising dengan budak-budak berlari-lari, terjerit-jerit, penuh dengan sampah, fasiliti belajar yang tak lengkap (kerusi dan meja contohnya), memang mustahil untuk mewujudkan suasana belajar yang kondusif. Lebih-lebih pula dengan jumlah pengambilan pelajar yang semakin bertambah setiap tahun tetapi kemudahan fasiliti tidak ditambah, memaksa pelajar untuk menyewa rumah di luar. Untuk menjimatkan duit sewa pula, selalunya student akan sewa ramai-ramai dalam sebuah rumah atau apartment dan cram sesak-sesak dalam tu. Lagilah susah nak belajar.

Jadi tak nak cakap banyak, di sini ditampilkan 10 kampus universiti paling cantik di dunia. Bagi mereka yang tinggal di kampus ala-ala apartment murah atau rumah sewa sempit tu diharapkan dapat bersyukur sebab nanti dikatakan tidak mengenang jasa kerajaan pula. Lol.

Cite a Docks by Cattani Architects – Le Havre, France

Cite-a-Docks-by-Cattani-Architects

Dibina daripada bekas-bekas kargo perkapalan, kampus kediaman yang moden ini dilengkapi dengan bilik mandi dan dapur sendiri. Rekabentuknya diangkat sedikit daripada tanah untuk mewujudkan ruang bagi tempat letak basikal, taman dan tempat untuk berteduh.

The Campagneplein Dormitory at University Twente by Arons & Gelauff Architects – Enschende, Netherlands

The-Campagneplein-Dormitory-at-University-Twente

Apa yang menariknya mengenai kampus kediaman berketinggian 9 tingkat ini adalah salah satu sudutnya adalah climbing wall yang merupakan kedua tertinggi di Netherlands. Siapa yang terasa nak adventure pergi kelas tu mungkin boleh turun atau naik bilik dengan cara wall climbing. Haha.

“Smarties” at Utrecht University by Marlies Rohmer – Utrecht, Netherlands

Antara ciri-ciri menarik ialah buaian gergasi di mana kampus kediaman yang dihiasi dengan rekabentuk pixel pada bahagian luarannya ini dibina khas untuk masalah kekurangan rumah bagi anak-anak muda di Utrecht. Ianya agak padat di dalamnya tetapi masih nampak cantik juga.

Simmons Hall at MIT by Steven Holl – Cambridge, Massachusetts, US

Simmons-Hall-at-MIT

Walaupun bangunan ini kelihatan agak besar (195,000 kaki persegi), namun ia hanya menempatkan seramai 350 orang pelajar dan dilengkapi dengan teater 125 tempat duduk, kafe waktu malam dan kemudahan yang canggih dan amat selesa.

Tietgen Dormitory by Lundgaard & Tranberg Architects – Copenhagen, Denmark

Tietgen-Dormitory

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s