Tarikan Dan Bahana Perempuan Madura

Madura adalah satu suku bangsa Indonesia yang banyak datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.
Kebanyakan bangsa madura bekerja sebagai buruh binaan.

Kaum lelaki suku ini mempunyai hobi atau minat yang mendalam dalam seni sabung ayam. Jika anda melihat terdapat banyak kurungan ayam jantan di sesebuah rumah, pastinya rumah itu didiami oleh suku madura.

Di Indonesia Suku Madura terkenal kerana keagamaan mereka. Di pulau madura terdapat banyak pesantren yang menyediakan pengajian sekolah pondok seperti di Malaysia dan Thailand.

Kaum lelaki madura biasanya banyak musuh. Dendam di kampung halaman dibawa hingga ke Malaysia. Banyak pergaduhan yang mengakibatkan kematian membabitkan lelaki madura berlaku di Malaysia.(Ini mungkin salah satu daripadanya).

Menurut seorang buruh binaan yang gua kenali bernama Matrop, “biasanya suku Madura hanya sanggup membunuh kerana isteri. Lelaki Madura tidak suka isterinya diganggu oleh sesiapa sekalipun. Banyak kejadian bunuh sesama Madura berlaku tidak kira sama ada di Madura atau di Malaysia. Semuanya kerana mengganggu isteri orang.” katanya.

‘Lelaki madura suka beristeri banyak, biasanya lebih dari satu, dua biasa, tiga biasa malah empat juga biasa’ katanya

Orang madura tidak membunuh kerana wang, mereka sanggup bekerja keras menggunakan tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki. Walaupun begitu beliau tidak menafikan ada suami yang tidak tega membunuh tetapi mengupah orang lain melakukannya.

Teringat gua satu kes yang berlaku beberapa tahun lalu yang mengakibatkan seorang pemuda berasal dari Kelantan terbunuh di Padang Jawa, Shah Alam. Menurut sumber , pasangan madura itu tinggal di Padang Jawa. Hubungan pemuda tersebut dengan isteri Madura itu terdedah apabila si isteri tidak pulang ke rumah selama satu hari satu malam.

Apabila didesak suaminya wanita itu menceritakan perkara sebenar bahawa dia bersama pemuda Kelantan tersebut pada malam sebelumnya. Si suami memaksa wanita itu menghubungi pemuda berkenaan dengan alasan rindu untuk berjumpa.

Sebaik tiba pemuda itu terus dilibas dengan senjata tradisi madura yang dipanggil ‘celoret’ iaitu sejenis senjata yang berbentuk sabit oleh si suami yang bersembunyi di dalam semak berhampiran landasan keretapi.

Matrop juga mengingatkan gua supaya berhati-hati dengan wanita madura kerana mereka sanggup menipu dengan mengatakan bahawa mereka janda atau masih perawan apabila tertarik dengan seseorang lelaki lain. Matrop menjelaskan seperti wanita lain, ada juga wanita madura yang suka menduakan suami.Mereka suka menggoda orang-orang malaysia yang kelihatan bergaya dan berharta.

Teringat gua kepada beberapa kes orang pencen yang terpedaya dengan wanita Indonesia. Habis wang pencen dan saguhati pencen dicurah kepada wanita-wanita tersebut. Setelah wang mereka habis wanita-wanita itu menghilangkan diri. Tinggallah jantan-jantan tua yang pokai tanpa wang. Sedap sekejap deritanya lama. Si tua dapat pucuk muda la katakan. wakaka!

Awas anda yang kaki betina, apabila terkantoi dengan suaminya pasti nyawa melayang. Apabila ada kes bunuh atau cubaan bunuh menggunakan ‘celoret’ bolehlah dianggap itu perbuatan lelaki madura dan puncanya boleh pula dicongak sebagai ‘kerana perempuan/bini orang’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s