5 Gambar Majlis Perkahwinan Apek dan Leuniey

Berita baik haruslah dikhabarkan untuk sahabat semua lagi-lagi berita perkahwinan si retis dan artis kita ni. Yelar, tengok mereka kawin hati pun makin teruja untuk berkahwin. cuma masa je yang menentukan, tapi hati rasa sedih sebab umur dah meningkat tapi kerja pun belum dapat lagi. *nak kawin macam mana?*. =.=’

Akhirnya, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) telah melangsungkan perkahwinannya dengan Leuniey pada 28.12.12 di Pasir Pekan, Tumpat, Kota bahru, Kelantan pada pukul 10 pagi tadi. Malah khabar gembira tersebut sudah diketahui oleh media, orang ramai serta peminat arena bola sepak. Ejah sokong sep klate boh *Untuk Dia ‘The Red Warriors’*.:P

Bagaimanapun, difahamkan Mereka tidak bertunang tetapi terus melangsungkan pernikahan sahaja. Selain itu, akan diadakan juga majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember, diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.

Teruja bila tengok artis dan retis kawin sebab banyak fesyen busana kawin yang boleh di ushar “Busana pengantin dan tunang“. Lolzz lagi mereka yang telah berkahwin ialah “Majlis pernikahan Maria Elena dan Asfirdaus“, “Selamat Pengantin baru buat IRINE NADIA MARCELLO + AMIRUL.“, “Selamat pengantin baru buat Nurulbadiah Lai dan pasangan“, “Perkahwinan Liyana Hisham (Host Safiyya TV9)“, “Majlis Persandingan Farid Kamil dan Diana Danielle Daripada BlissCandid Photography” dan banyak lagi. cuba lah ushar entri lama-lama ya.:P

Selamat pengantin baru untuk pasangan ini. semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin *sekali tengok Leuniey macam pengacara INI pun ada kan. Ala-ala korea*.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s